Selasa, 11 September 2012

tiga puloh hari

hari ini 11 september 2012.
genap sebulan tanpa khabar berita.
berharap baik2 sahaja dan sihat sejahtera.
selalu berdoa agar bahagia selalu di samping-nya.

notakaki : siapa tahu apa yang menanti esok tapi hari ini mesti hidup elok2.

Sabtu, 8 September 2012

amaran amarah

aku pun tak tahu apa yang aku buat di sini.
kadang2 mencari.
kadang2 menanti.
kadang2 merindu.
kadang2 kosong.
seharian melakukan rutin yang sama seperti hari2 yang berlalu.
sedangkan orang lain maju mundur ke sana dan ke mari mengejar macam2.
gila otak ini bukan tak mahu atau tak tahu tapi selalu sahaja mencari sebab untuk menjustifikasi situasi.
boleh kalau mahu ke depan tanpa halangan.
boleh kalau mahu reformasi/evolusi/revolusi/transformasi.
tapi lihat-lah sekarang yang aku sedang beralasan.

notakaki : kemaskini se-mata2. aku pernah cakap kalau kamu cium aku sekali aku cium kamu sa-puloh kali tapi kalau kamu cubit aku sekali aku akan cubit kamu sa-puloh kali. jangan ingat permainan sudah tamat! tunggu.

Jumaat, 17 Ogos 2012

raya tanpa makna


notakaki : buat-lah apa pun tanpa dia memang tiada makna. mohon cepat2 aku lupa-kan semua dan mula-kan hidup baru. hari2 menangis pun buat apa. maaf-kan aku atas semua salah dan silap. aku memang tak boleh menjadi seseorang untuk kamu. maaf...

Jumaat, 10 Ogos 2012

ulang kembali

marah.
kadang2 aku tak faham kenapa tak boleh marah kalau sudah melakukan salah.
ada yang berpendapat orang salah harus dinasihat dengan lembut dan berhemah supaya menusuk ke hati.
ada yang berkata orang salah mesti-lah dimarah sebab dia buat salah walaupun dia tahu itu salah.
kadang2 tak marah orang salah tapi esok lusa masih buat salah.
kadang2 marah orang salah tapi sebab kena marah esok lusa buat salah lagi.
tapi kan elok kalau orang salah berhenti buat salah tak kira sama ada selepas kena marah atau dinasihat cara baik.
yang menjadi masalah sekarang ada orang salah yang tak dapat terima bila kena marah dan tak pula berhenti buat salah bila dinasihat cara baik.
aku bukan manusia pemarah.
sesungguh-nya aku memang tak suka memarahi orang atas apa juga kesalahan yang dilakukan walaupun ke atas diri aku sendiri.
aku lebih suka memaaf-kan dan membiar-kan kesalahan itu berlalu pergi.
tapi dengan manusia itu aku kerobohan daya tahan emosi.
mungkin sebab terlalu banyak yang aku cuba tahan dan simpan.
dan juga terlalu banyak harapan dan impian yang aku sandar-kan.
malang-nya maaf tak selalu membasahi bibir-ku.
dan garis2 luka akibat kemarahan itu lama2 menjadi nanah yang menyakit-kan dan membinasa-kan.
dan aku selalu-nya terlambat untuk menyedari, apatah lagi memperbaiki keadaan.

notakaki : aku sedaya upaya cuba melepas-kan dia pergi. tapi sisi lain hati ini seperti-nya enggan merela-kan kepergian itu. dan tolong ingat-kan aku untuk tulis entri akhir tentang dia dan cherita kita.

Selasa, 7 Ogos 2012

luluh

pagi2 lagi sudah ada banyak modal untuk menulis.
sentap punya pasal.
panas hati aku bila dapat tahu aku kena tipu lagi.
luluh hati dan lemah jiwa sebab kepercayaan dan kesayangan aku mengkhianati aku se-rendah2nya.
walaupun aku tahu ada sesuatu yang aku tidak nampak sebab sengaja disembunyi-kan tapi aku tak sangka sampai begitu sekali aku diperlaku-kan.
aku cuma ada kesetiaan dan kejujuran tapi kesetiaan dan kejujuran itu-lah juga yang dicurangi dan didustai.
hina sangat agak-nya diri-ku ini sebab aku betul2 rasa dipermain-kan dan diperlaku-kan tanpa ada sedikit rasa hormat dari seorang manusia terhadap manusia yang lain.
aku tak tahu dosa besar apa-kah yang aku lakukan sehingga neraka ini yang aku terima.
atau mungkin kamu dapat berkompromi dengan orang yang melaku-kan perbuatan yang sama dengan kamu maka aku yang enggan ini layak-nya dikesampingkan sahaja.
aku boleh bertahan dengan kesakitan.
aku boleh menghadapi kedukaan.
aku boleh menerima pendustaan.
tapi sila hormati aku sebagaimana aku menghormati hak kamu sebagai seorang manusia.
jangan pijak2 harga dan maruah diri aku hanya kerna aku tidak dikisah-kan.
jangan anggap aku layak terima layanan haiwan hanya kerna aku tak diperlu-kan.
jangan merendah-kan aku hanya kerna aku tak layak berada di samping.
jangan tutup mata dengan kata2 kamu hanya kerna aku tak memenuhi kemahuan.
ini bukan rayuan atau kemarahan tapi aku betul2 kecewa dengan keadaan ini.
ya, aku sedar aku ini bukan sesiapa, tidak memiliki apa2, dan tidak pula memenuhi kehendak sesiapa pun.
aku cuma ada perasaan, kemahuan dan fikiran seorang manusia biasa.
aku tak minta di-raja-kan.
aku cuma minta sedikit kejujuran walaupun kejujuran itu tak dapat aku terima.
aku faham hati manusia tak boleh diubah, apa lagi dipaksa untuk menurut kemahuan orang lain.
tapi jangan bohongi aku dengan kata2 penafian.
jangan tayang-kan mimpi2 harapan yang indah sampai aku terbuai dan khayal.
kejujuran itu walaupun menyakit-kan tapi itu-lah penawar-nya.
sial-nya aku manusia tulus, bukan pemain tapi dipermain-kan pula.
lalu untuk apa aku terus bertahan dengan rasa yang tak punya rasa ini?
aku, yang tak pernah ber-mati2an berjuang selama ini tapi dengan chenta itu aku mungkin akan mati.
aku, yang tak pernah cuba berlari ke garisan penamat tapi dengan chenta itu aku mahu terus berlari.
aku, yang tak pernah mencuba berpaling tapi kali ini dengan chenta itu aku mahu berpaling se-lama2nya.
marah dan marah takkan membetul-kan keadaan sebab aku yang perlu ikut keadaan.
merayu dan berjanji pun takkan kembali-kan perasaan.
jadi sekarang harus apa?

notakaki : aku kecewa dan marah benar dengan pendustaan sebab aku jujur. aku benci kecurangan sebab aku setia. tapi interpretasi dan translasi kita yang berbeza menafi-kan penyatuan. aku mungkin jahat untuk berkata ini tapi kali ini berapa lama kamu boleh bertahan.