Jumaat, 17 Ogos 2012

raya tanpa makna


notakaki : buat-lah apa pun tanpa dia memang tiada makna. mohon cepat2 aku lupa-kan semua dan mula-kan hidup baru. hari2 menangis pun buat apa. maaf-kan aku atas semua salah dan silap. aku memang tak boleh menjadi seseorang untuk kamu. maaf...

Jumaat, 10 Ogos 2012

ulang kembali

marah.
kadang2 aku tak faham kenapa tak boleh marah kalau sudah melakukan salah.
ada yang berpendapat orang salah harus dinasihat dengan lembut dan berhemah supaya menusuk ke hati.
ada yang berkata orang salah mesti-lah dimarah sebab dia buat salah walaupun dia tahu itu salah.
kadang2 tak marah orang salah tapi esok lusa masih buat salah.
kadang2 marah orang salah tapi sebab kena marah esok lusa buat salah lagi.
tapi kan elok kalau orang salah berhenti buat salah tak kira sama ada selepas kena marah atau dinasihat cara baik.
yang menjadi masalah sekarang ada orang salah yang tak dapat terima bila kena marah dan tak pula berhenti buat salah bila dinasihat cara baik.
aku bukan manusia pemarah.
sesungguh-nya aku memang tak suka memarahi orang atas apa juga kesalahan yang dilakukan walaupun ke atas diri aku sendiri.
aku lebih suka memaaf-kan dan membiar-kan kesalahan itu berlalu pergi.
tapi dengan manusia itu aku kerobohan daya tahan emosi.
mungkin sebab terlalu banyak yang aku cuba tahan dan simpan.
dan juga terlalu banyak harapan dan impian yang aku sandar-kan.
malang-nya maaf tak selalu membasahi bibir-ku.
dan garis2 luka akibat kemarahan itu lama2 menjadi nanah yang menyakit-kan dan membinasa-kan.
dan aku selalu-nya terlambat untuk menyedari, apatah lagi memperbaiki keadaan.

notakaki : aku sedaya upaya cuba melepas-kan dia pergi. tapi sisi lain hati ini seperti-nya enggan merela-kan kepergian itu. dan tolong ingat-kan aku untuk tulis entri akhir tentang dia dan cherita kita.

Selasa, 7 Ogos 2012

luluh

pagi2 lagi sudah ada banyak modal untuk menulis.
sentap punya pasal.
panas hati aku bila dapat tahu aku kena tipu lagi.
luluh hati dan lemah jiwa sebab kepercayaan dan kesayangan aku mengkhianati aku se-rendah2nya.
walaupun aku tahu ada sesuatu yang aku tidak nampak sebab sengaja disembunyi-kan tapi aku tak sangka sampai begitu sekali aku diperlaku-kan.
aku cuma ada kesetiaan dan kejujuran tapi kesetiaan dan kejujuran itu-lah juga yang dicurangi dan didustai.
hina sangat agak-nya diri-ku ini sebab aku betul2 rasa dipermain-kan dan diperlaku-kan tanpa ada sedikit rasa hormat dari seorang manusia terhadap manusia yang lain.
aku tak tahu dosa besar apa-kah yang aku lakukan sehingga neraka ini yang aku terima.
atau mungkin kamu dapat berkompromi dengan orang yang melaku-kan perbuatan yang sama dengan kamu maka aku yang enggan ini layak-nya dikesampingkan sahaja.
aku boleh bertahan dengan kesakitan.
aku boleh menghadapi kedukaan.
aku boleh menerima pendustaan.
tapi sila hormati aku sebagaimana aku menghormati hak kamu sebagai seorang manusia.
jangan pijak2 harga dan maruah diri aku hanya kerna aku tidak dikisah-kan.
jangan anggap aku layak terima layanan haiwan hanya kerna aku tak diperlu-kan.
jangan merendah-kan aku hanya kerna aku tak layak berada di samping.
jangan tutup mata dengan kata2 kamu hanya kerna aku tak memenuhi kemahuan.
ini bukan rayuan atau kemarahan tapi aku betul2 kecewa dengan keadaan ini.
ya, aku sedar aku ini bukan sesiapa, tidak memiliki apa2, dan tidak pula memenuhi kehendak sesiapa pun.
aku cuma ada perasaan, kemahuan dan fikiran seorang manusia biasa.
aku tak minta di-raja-kan.
aku cuma minta sedikit kejujuran walaupun kejujuran itu tak dapat aku terima.
aku faham hati manusia tak boleh diubah, apa lagi dipaksa untuk menurut kemahuan orang lain.
tapi jangan bohongi aku dengan kata2 penafian.
jangan tayang-kan mimpi2 harapan yang indah sampai aku terbuai dan khayal.
kejujuran itu walaupun menyakit-kan tapi itu-lah penawar-nya.
sial-nya aku manusia tulus, bukan pemain tapi dipermain-kan pula.
lalu untuk apa aku terus bertahan dengan rasa yang tak punya rasa ini?
aku, yang tak pernah ber-mati2an berjuang selama ini tapi dengan chenta itu aku mungkin akan mati.
aku, yang tak pernah cuba berlari ke garisan penamat tapi dengan chenta itu aku mahu terus berlari.
aku, yang tak pernah mencuba berpaling tapi kali ini dengan chenta itu aku mahu berpaling se-lama2nya.
marah dan marah takkan membetul-kan keadaan sebab aku yang perlu ikut keadaan.
merayu dan berjanji pun takkan kembali-kan perasaan.
jadi sekarang harus apa?

notakaki : aku kecewa dan marah benar dengan pendustaan sebab aku jujur. aku benci kecurangan sebab aku setia. tapi interpretasi dan translasi kita yang berbeza menafi-kan penyatuan. aku mungkin jahat untuk berkata ini tapi kali ini berapa lama kamu boleh bertahan.

Isnin, 6 Ogos 2012

selak hati

ok di mana-kah letaknya garisan sebuah permulaan?
atau harus-kah soalan itu berbunyi garisan mana yang harus aku pilih buat permulaan.
kalau soalan itu yang pertama maka itu tentang keengganan hati untuk bermula baru dan melepas-kan kisah semalam.
dan soalan seterus-nya itu secara logik akal dan pertimbangan rasional sebenarnya wujud dan tinggal menanti masa untuk dipilih dan bukan sekadar menjadi alternatif.
cuma yang menjadi masalah kepada aku hanya-lah kerna aku enggan untuk memilih tapi tetap mahu berpegang pada apa yang aku percaya, rasa, dan harap.
tapi malang-nya peluang hanya datang sekali.
peluang kedua itu mustahil tapi jika ada sekali-pun aku tak cukup kuat untuk berhadapan dengan beban-nya.

notakaki : hari2 mengintai ingin tahu kejadian di sana. tapi bertahan untuk buat tidak tahu. dan keras-nya hati ini enggan pergi walaupun tahu sakit menanti. tuhan jaga-kan dia!

Sabtu, 4 Ogos 2012

ada kamu?

somehow i just feel like i have nothing to write on this blog anymore.
i dont have anything in my mind that needed to be write down here.
and of course this blog is all about 'us' so when i mention i have nothing to write here then it means that magically i really don't think about 'us' anymore.
it's true that the easiest way to forget is to just forget.
kalau ter-kenang2, ter-bayang2, ter-mimpi2 sampai bila pun tak dapat melupa-kan.
makin menambah sakit di hati ada-lah.
tapi tipu kalau aku cakap aku telah bersih-kan se-gala2nya atau aku telah melepas-kan semua yang aku pegang.
aku cuma mahu ada ruang yang lebih luas antara hari ini dan esok dengan semalam agar aku dapat terus-kan hidup tanpa rasa terikat dengan harapan2 dan kepercayan yang selama ini aku pegang erat sebagai landasan hidup.
dan kalaupun aku telah boleh untuk hidup tanpa pegangan itu tapi aku sebenar-nya enggan untuk terus melepas-kan semua.
aku cuma percaya pada apa yang aku percaya sebab walaupun takdir itu telah ditentu-kan tapi tiada seorang pun yang tahu kan?

notakaki : tidak ada modal untuk menulis tapi ada modal di bilik air. kamu!