biar ku pendam dan simpan rasa ini
walaupun rasa itu meronta2 ingin bebas lepas dari dalam hati ini
agar pada akhirnya nanti
rasa itu akan padam sendiri
notakaki : aku tengah mengarang entri tentang dia. maaf tapi aku harap itu yang terakhir. aku tak nak lagi cherita tentang dia. 'tak malu ke kamu?' mungkin itu kata2 yang akan aku dengar kalau aku terus begini. aku harap keinginan dia untuk mendaki broga esok dapat aku penuhi. aku akan menghargai setiap saat yang aku habis-kan dengan dia sebaik2-nya. mana tahu lepas ini tidak ada lagi kesempatan...
Jumaat, 23 September 2011
Isnin, 19 September 2011
entri emosi
sudah lama aku memendam perasaan. cukup lama sampai tidak ada suatu hari pun yang benar2 tenang.
bukan aku tidak cuba untuk mengekspresi-kan apa yang aku rasa tapi ekspresi itu tidak sampai pada tujuan-nya macam air yang jatuh di atas daun keladi. bercakap sudah, ber-cherita sudah, menangis sudah, ketawa sudah, menulis sudah, tapi kesudahan-nya tetap sama. dan kesudahan itu bukan-lah kesudahan yang sesungguhnya melainkan tidak ada apa yang berlaku sebenarnya.
kadang kala aku keliru tentang apa yang dikehendaki. hari ini macam ini, esok macam itu, sekejap kata begini, sekejap kata begitu. satu saat aku yakin dan pasti tentang apa yang aku mahu buat tapi sesaat kemudian ragu2 dan keliru kembali menghantui. gerak dan langkah yang disaji sering bertukar2 setiap kali masa berlalu.
aku selalu dipersembahkan harapan, impian, mimpi, dan fantasi. tidak sekalipun aku dipersembahkan realiti. aku mengaku aku menghargai harapan, impian, mimpi dan fantasi itu tapi bila aku sedar aku betul2 jatuh. saket dan perit tak perlu cherita dan bayangkan hampir setiap hari aku rasa itu.
apa yang aku mahu-kan sebenar-nya? ini soalan yang akan ditanya setiap kali aku meluahkan perasaan. aku memang macam budak kecik pabila berekspresi emosi. selalu kemarahan dan rajuk itu yang akan mengakhiri ekspresi itu. masakan tidak sudah berkurun lama aku berekspresi dengan tenang dan sabar tapi tidak ada hasil maka kecewa itu sudah jadi marah2 sikit dan rajuk. serius macam adik aku darjah 3. (ketawa!)
menjawab soalan apa kemahuan aku itu mudah. berikan aku realiti. realiti yang bagaimana itu tidak perlu aku elaborasi di sini. aku akan terima apa2 pun asal-kan itu realiti.
sampai bila aku akan terus memendam perasaan? kalau boleh sampai mati pun tidak apa tapi setakat ini itu mustahil sebab aku harap realiti itu akan datang ataupun aku sendiri akan melangkah pergi mengabaikan perasaan itu. ya lah macam seseorang beritahu aku yang menyimpan perasaan lama2 akan menyebabkan hati keras macam batu.
oleh kerna sudah tulis terlalu banyak maka aku rasa sudah cukup setakat ini. tidak ada orang yang baca pun. tidak ada apa pun yang akan berlaku. semua-nya akan seperti biasa. dan aku akan terus memendam rasa!
notakaki : sama macam bayang2 yang setia mengikut langkah kaki ke mana2 saja tapi letak-nya di atas tanah dan boleh dipijak2 pula!

Sabtu, 17 September 2011
monolog 11
kadang kala kita buat silap bukan sebab kita tak tahu betul atau salah tapi sebab kita tak kesah betul atau salah.
Rabu, 14 September 2011
dua jalan
dan di persimpangan ini
ada dua jalan
arah-nya berbeza
dan hujung-nya tak ketahuan
lalu kaki ini harus memilih
di antara kedua jalan itu
yang mana satu hendak dilalu
ke kanan atau ke kiri
ke sana atau ke situ
tapi harus pilih yang mana?
sebab diri ini tidak tahu
jalan mana yang baik
jalan mana yang buruk
jalan mana yang mudah
jalan mana yang susah
kadang2 membuat pilihan itu menjadi perkara paling sukar kerna kita selalu terfikir tentang jalan yang bakal kita lalui dan apa yang menanti di hujung jalan itu.
notakaki : aku tak suka buat pilihan sebab aku tahu setiap kali buat pilihan aku akan kehilangan sesuatu atau seseorang akan terluka. tapi aku juga tak rela menjadi pilihan sebab tak nak saket bila tak dipilih. dan aku tahu saket itu macam mana sebab aku pernah rasa.

Sabtu, 10 September 2011
perutusan aidilfitri raiszudin 2011
hari raya telah selamat tiba sesudah selesai berpuasa.
dan aku kehilangan momentum untuk menulis tentang apa2 sahaja sekarang.
tidak tahu, tidak faham, tidak perasan tentang apa2 atau terlalu banyak ketidakpastian yang bertari-menari di sekeliling diri ini buat aku hampir hilang akal untuk menulis.
aku tengah menghimpun momentum untuk menulis kembali.
bila sudah sampai klimaks nanti aku harap kelajuan pemprosesan otak aku dan percetakan jejariruncing aku akan bertambah sepantas unifi.
dengan izin tuhan!
Langgan:
Ulasan (Atom)