Khamis, 30 Jun 2011

monolog 5

komunikasi ini sekadar untuk wujud-kan ilusi yang kamu maseh dekat di hati ini walaupun realiti kamu semakin jauh tiap hari.

Rabu, 29 Jun 2011

monolog 4

keadaan tak pernah mengabaikan manusia. manusia yang mengabaikan keadaan. renung2-kan dan selamat beramal.

notakaki : cherita yang sama tentang manusia yang cuma menghargai sesuatu bila sudah tidak ada.

cherita nur kaseh dan nora elena

kawan aku cakap ramai perempuan mahu lelaki macam seth tan.

tapi dia cakap layak ke perempuan itu dapat lelaki macam seth tan?

bukan pertikai tapi betul kata kawan aku itu.

cherita nur kaseh dulu ada persoalan layak ke adam ber-isterikan nur amina.

sekarang bukan persoalan layak atau tak tapi ini tentang chenta.

kenapa seth tan bertahan dengan nora elena?

dan kenapa nur amina bertahan dengan adam?

seth tan sangat menchentai nora elena.

dan nur amina sangat menchentai adam.

skeptik dengan pernyataan itu?

mungkin sebab ada orang fikir chenta bukan bermakna kepala buleh dipijak.

dan chenta juga bukan bermakna harus menyeksa diri sendiri.

tapi harus ingat chenta itu ada upaya.

chenta itu berakar di hati.

dan hati-lah yang membentuk perasaan dan personaliti.

maka kalau chenta itu sampai ke dasar hati maka perasaan dan personaliti boleh diubah.

cuma kadang2 bukan mudah mahu menyalurkan rasa chenta itu ke hati.

perlukan masa dan usaha.

halangan-nya berat.

dugaan-nya kuat.

dan kadang2 itu yang dilihat orang2 sebagai sampai kepala dipijak.

betul chenta itu-lah yang telah mengubah nora elena dan adam.

tapi ber-kata2 memang senang. bila mahu buat tak larat.


notakaki : belum cuba belum tahu. orang yang sabar dan tabah dengan izin tuhan akan dapat ganjaran. gambar tiada kaitan dengan hati yang terbakar atau semangat yang membara cuma tunjuk tebu tengah terbakar di chuping.

cakap memang senang

si duyung pernah cakap
telan kata2 sendiri itu memang pahit
betul cakap dia

masa belum kena, sesedap rasa lidah berbicara
tentang orang itu orang ini
tentang hal itu hal ini
dengan logik akal
dan rasa hati

cuba kena sekali
semua-nya tiba2 jadi huru hara
logik entah ke mana
hati tak dapat merasa
itu tak kena
ini pun tak kena
serba salah
keliru
buntu
mencari jalan keluar pun tak mampu
lagi teruk dari orang buta

si duyung juga cakap
mahu tidak mahu kena ikut apa yang pernah dikata-kan
telan sahaja kata2 sendiri
dulu buleh cakap
kenapa sekarang tak buleh ikut

hati mesti kuat
diri mesti tabah
jiwa mesti kental
baru buleh ikut kata2 sendiri

baek-lah si duyung
aku turuti kata2-mu
mungkin sudah waktu-nya
aku ikut kata2 sendiri


notakaki : si puteri pula beritahu segala2nya akan terjawab suatu hari nanti. sebenar-nya bukan cherita semalam atau hari ini yang bawa derita tapi esok yang tak pasti.

Ahad, 26 Jun 2011

bila sepi berbicara

sepi ini luar biasa
kosong tanpa isi
sunyi tanpa bunyi
hanya-lah terdengar suara hati
yang berbisik
menyuara-kan keluh kesah
dan rasa2 serba tak kena

bicara ini bukan gangguan
bukan juga rayuan
sekadar luahan
sebab diri ini perasaan
yang dulu2 sudah jadi kenangan

notakaki : aku tahu dan perasan hidup dia sudah jauh ke depan. sedang menikmati hari2 yang datang tanpa dibayangi cherita2 semalam. dan aku masih terhenti di sini. dibuai cherita2 semalam. b*b* kan?

cherita cita2

aku teringat zaman sekolah rendah dulu selalu che'gu2 akan tanya apa cita2 anak murid-nya.

lepas itu tulis dalam buku laporan.

rasa-nya setiap kali tamat penggal persekolahan soalan cita2 ini akan ditanya.

dan aku tak pernah terlupa untuk beritahu che'gu aku yang aku ber-cita2 mahu jadi perdana menteri (haha...).

tapi zaman itu zaman tun dr mahathir yang memang legenda dan idola semua orang.

aku bangga dengan cita2 aku itu.

waktu aku terlantar saket di hospital misi2 selalu usik aku dengan gelaran perdana menteri.

naseb baek misi2 itu bertahap milf saiz xxl bukan macam seorang misi yang chantek itu maka aku layankan sahaja.

tapi bila akil baligh aku semakin melupa-kan cita2 aku itu.

malah aku sedar yang sejak dari itu aku tak punya cita2 lagi.

kalau ada pun cuma kemahuan untuk belajar sehingga ke menara gading dan kemudian bekerjaya.

itu cuma penanda aras yang sangat umum dan hari ini ramai yang mampu mencapai-nya.

kalau ada cita2 itu lebih spesifik dan ada peta-jalan tersendiri.

cita2 itu destinasi.

bila ada destinasi maka boleh pilih mahu ikut jalan mana.

macam pergi kulim.

ikut mengkuang dam buleh.

ikut lebuhraya butterworth-kulim pun boleh.

yang penting boleh sampai kulim.

manusia yang tahu destinasi mana mahu pergi dan jalan mahu mahu diikuti akan sentiasa fokus pada itu sahaja.

itu-lah manusia yang ber-cita2.

tak kira cita2 besar atau kecil yang penting diri sendiri harus tahu apa yang dimahukan.

ikut kata dan rasa hati macam orang itu cakap.

notakaki : belajar + kerja + kereta + kediaman + kawen + keluarga = buleh panggil itu cita2 tak?

monolog 3

semua orang tahu jalan ke surau/masjid berhampiran rumah masing2. tapi berapa ramai yang mahu berjemaah di surau/masjid itu? manusia, kalau diri sendiri tak mahu buat disuruh buat baek pun tak mahu.

notakaki : kita tak buleh paksa orang laen buat apa yang kita nak walaupun apa yang kita nak itu sesuatu yang paling baek dalam dunia ini.

Sabtu, 25 Jun 2011

degil @ ketegaq

sejak beberapa ketika ini, perkataan 'putus asa', 'mengalah', dan 'berundur' se-akan2 sesuatu yang sangat asing bagi diri ini.

selalu bila tahu diri tak mampu dapat sesuatu atau mencapai sesuatu itu adalah sebuah mimpi/impian maka secara automatik diri ini akan 'putus asa', 'mengalah', dan akhirnya 'berundur'.

tidak pernah mahu berusaha lebih atau bersusah-payah untuk mendapatkan/mencapai sesuatu.

entah mengapa kali ini diri tak mampu melaksana-kan kebiasaan itu.

pada hal sudah tahu untuk mendapatkan sesuatu itu sangat-lah mustahil malah tak termimpi pun.

malah diri ini meronta2 mahu buat apa saja sampai dapat.

sangat bersemangat dan bermotivasi tinggi.

macam bodoh tapi orang itu telah ajar aku kalau betul2 mahu sesuatu mesti dapat-kan tak kira apa jua dan mesti percaya dengan kemahuan itu tak kira betul atau salah.

yang penting ikut kata hati.

notakaki : tulisan kira2 1-2 minggu yang terbelakang. hari ini tak cakap banyak sebab tak nak menghampa-kan orang yang telah sedia menanti itu.

Khamis, 23 Jun 2011

jangan kau pergi - erry putra, reen rahim & shajiry (ost nora elena)



tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama
jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu

ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo
ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku

ooooo
janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh

ooooo
jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu

ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi

notakaki : siti saleha punya pasal. permintaan oleh si duyung yang istimewa.

cherita hujung minggu

aku berdiskusi dengan bidadari tentang sesuatu.

bidadari tanya aku kenapa ada orang yang berhidup penuh dosa tapi dilimpahi kesenangan dan kemewahan sedangkan kita yang hidup biasa2 jarang mendapat kesenangan malah kadang2 kekurangan.

aku teringat yang aku pernah membaca tentang perkara ini tak berapa lama dulu maka dengan sedaya-upaya aku korek memori aku agar aku dapat memberi eksplanasi yang terbaek untuk bidadari.

aku beritahu bidadari yang tuhan memang ada memberi kesenangan dan kemewahan kepada orang2 yang berhidup penuh dosa ini.

tujuan-nya sebagai ujian kepada mereka.

kita tahu manusia mudah lalai bila dikurnia-kan kesenangan dan kemewahan maka ujian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana manusia mampu menahan godaan materialistik ini.

dan kita yang hidup biasa2 ini sepatut-nya bersyukur dengan apa yang telah dikurnia-kan.

bukan tuhan tidak mahu memberi kesenangan dan kemewahan kepada kita tapi mampu-kah kita menghadapi ujian kesenangan itu nanti?

mahu-kah kita menjadi hamba yang lalai?

aku katakan pada bidadari walau apapun yang tuhan berikan kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang kita ada.

dan kita perlu ingat tuhan boleh tarik nikmat yang kita terima selama ini dalam sekelip mata.

terima kaseh bidadari sebab tolong ingatkan tentang hal ini.

dan aku menggoogle topik ini terjumpa tentang 'istidraj'.

aku berdoa semoga tuhan tetapkan iman aku dan murahkan rezeki aku agar aku dapat membahagia-kan orang2 yang aku sayang dan orang2 yang sayang/pernah sayang aku.


notakaki : encik spongebob dan cik teddy berkawan baek sejak lama dulu. aku simpan mereka ini di mana sahaja aku pergi. tapi itu cherita dulu2. sekarang masing2 sudah ikut jalan sendiri. tapi aku maseh sayang. agak bodoh untuk sayang sesuatu yang tak wujud kan?

english (bahasa inggeris)

this is my first entry in english.
(ini entri pertama saya dalam bahasa inggeris.)

footnote : it's either i am too nice or too naive.
(notakaki : ia sama ada saya terlalu baek atau terlalu naif.)

Jumaat, 17 Jun 2011

monolog 2

Sukar membayangkan sesuatu yang sangat kita sanjung, hormat, dan puja rupa2nya hanyalah permainan yang boleh dimainkan dengan dua cara; betul atau salah.

notakaki : sebenar-nya agak tidak sabar menanti pertemuan itu. si duyung yang istimewa. kata-nya.

Khamis, 16 Jun 2011

rasa

bukan janji yang diucap
tapi rasa yang tersemat

bukan kata yang dikota
tapi rasa yang dirasa

bukan sekadar mata
tapi hati yang merasa

sekian terima kaseh.


notakaki : bila rasa sudah tiada, apa2 pun tiada guna. baek rasa yang laen. pahit atau manis belakang cherita asal-kan ada rasa.

Ahad, 12 Jun 2011

tentang kita

cherita ini sepatut-nya tentang kita
perjalanan kita
kesah kita
suka duka kita

ini bukan tentang apa yang aku mahu
bukan juga tentang apa yang kamu mahu
sepatut-nya ini tentang apa yang kita mahu
apa yang kita perlu-kan
apa yang kita impi-kan
apa yang kita ingin-kan

bila ini tentang kita
sepatut-nya ia bercherita tentang kita
kita sedih kita gembira
kita menanges kita ketawa
kita jatuh kita bangun
kita lari kita jalan
kita makan kita minum

kalau semua ini tentang aku se-mata2
atau tentang kamu se-mata2
sudah pasti cherita ini bukan tentang kita
bukan itu kemahuan-ku
dan aku harap bukan juga kemahuan-mu


notakaki : pondok buruk belakang rumah sudah roboh. dahulu gagah berdiri teguh. masa dan keadaan mengubah semua-nya. macam kita.

retorik dan analogi rasa

dulu saya suka chenta
dulu saya sayang chenta
dulu saya sanjung chenta
dulu saya hormat chenta
dulu saya percaya chenta
saya mungkin pemuja chenta

kenapa saya memuja chenta?
chenta itu chantek
chenta itu lawa
chenta itu indah
chenta itu mengasyikkan
chenta itu mendamaikan setiap jiwa yang merasa

chenta itu menyatukan
chenta itu tidak membezakan
chenta itu adil
chenta itu ada untuk semua

di manakah silap chenta itu?
kenapa saya rasa chenta mengkhianati saya?
kenapa saya rasa chenta itu seperti satu permainan?
yang boleh dimainkan sesuka hati
oleh orang2 pengambil kesempatan

chenta bukan alasan
chenta bukan peluang
chenta bukan sekadar kata2
yang manis diucap
yang sedap dicakap
untuk memetik hati
hanya untuk itu

hari2 chenta itu terus wujud
tapi untuk siapa?
si pengambil kesempatan atau si pemuja ini?


notakaki : ini tulisan tahun 2009. dipacu oleh peristiwa permainan chenta oleh seseorang. pertama kali lihat chenta itu macam bola. buleh maen sana sini ikut suka hati.

Sabtu, 11 Jun 2011

perempuan

aku bertanya kepada rakan lelaki-ku, siapa-kah perempuan yang kau ingin-kan? maka dia menjawab, 'aku hanya ingin-kan seorang perempuan, tidak lebih dan tidak kurang.'

aku musykil dan bertanya kembali, apa-kah maksud-mu perempuan? dia kembali menjawab, seperti yang kau ketahui, dan lelaki2 lain ketahui, hawa dicipta-kan untuk adam sebagai pendamping dan pelengkap kepada adam. maka perempuan yang berciri-kan hawa yang aku inginkan.

aku masih tidak berpuas hati dengan jawapan teman ku itu. maka aku bertanya lagi, bagaimana-kah perempuan itu mampu menjadi seperti yang kau kehendaki? jawapan-nya, jadi-lah dia seperti seorang perempuan. kalau dia seorang perempuan, dan dia memang seorang perempuan zahir dan batin, maka siapapun perempuan itu, selagi dia perempuan, adalah perempuan yang aku ingin-kan.

notakaki : perempuan tidak dijadi-kan sama seperti lelaki. jadi-lah perempuan seperti perempuan, dan lelaki seperti lelaki, kerana Tuhan yang mencipta kita.

Jumaat, 10 Jun 2011

monolog 1

Biar betapa beban kita berfikir tentangnya, pengakhiran yang pasti itu belum tentu kita tahu bila dan bagaimana.

roda rasa

kalau dulu ada kamu
hari ini tiada siapa
kalau dulu ada rasa
sekarang tawar atau pahit pun aku tidak tahu
hanya-lah kosong dan vakum di jiwa

sebenar cerita bukan-lah realiti
melainkan susunan kata dan kisah gubahan
sebagai alasan buat menjauh
dan pergi itu hanyalah rutin yang tiada makna
pelengkap dan penamat yang wajib ada

pada suatu nanti
kisah yang sama akan kembali
semoga skrip-nya berbeza


notakaki : rasa itu sudah lama berlalu selari dengan rotasi masa. cuma aku yang maseh buat2 terasa.