Isnin, 19 Mac 2012

cherita tentang jodoh

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (An-Nur : 26)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah : 216)


notakaki : kalau mahu yang baik mesti jadi baik dahulu.

Rabu, 14 Mac 2012

menyatukan dua hati

ada 2 (dua) situasi yang membuat aku duduk tidak tenang.
1 (satu), apabila aku mahu buat sesuatu tapi aku tahu akibat perbuatan itu adalah dua situasi atau kondisi yang kontra.
2 (dua), apabila aku tidak buat apa2 tapi akibat dari kelakuan itu adalah aku terlepas sesuatu yang 'awesome' (mengagumkan).
baik-lah aku sebenarnya dalam keadaan tidak tahu apa akan jadi esok hari. 
dan aku pasti semua orang pun tidak tahu apa akan jadi esok hari.
tapi dalam sesetengah situasi atau kondisi, kejadian2 yang berlaku dalam masa-sebenar (real-time) boleh memberikan petunjuk2 (hints) tentang apa yang bakal berlaku di masa depan.
aku berikan contoh : seorang lelaki gemar menghisap dadah jenis syabu. apabila kekurangan wang untuk membeli bekalan maka beliau akan pergi merompak, menyamun atau meragut. maka kalau suatu hari nanti beliau mati ditembak polis maka tidak hairan-lah kerana hidup dan kelakuan beliau itu menjadi petunjuk tentang apa yang mungkin akan berlaku di masa hadapan.
faham?
dan berbalik dengan kehidupan se-hari2 ini bolak balik / maju mundur / turun naik ke mana arah sekali pun maseh berputar pada paksi yang sama.
sedangkan persoalan yang mula mengikat aku pada paksi ini tetap menjadi satu persoalan yang tak pernah dijawab sedangkan pada setiap putaran jarum saat yang berlalu aku selalu cuba mengkalkulasi setiap jawapan yang mungkin tapi hakikat-nya tidak ada jawapan yang akan aku dapat.
aku rimas menanti apa yang ada untuk aku pada hari esok. 
dengan kepelbagaian yang ada segala harapan dan impian aku mungkin boleh ditolak tepi sebab tidak ada realiti untuk kejadian masa depan.
kalau aku mengharap sesuatu yang indah hari esok, maka aku akan kecewa berat kalau esok tidak indah.
tapi kalau aku tidak mengharap apa2 untuk hari esok, maka aku akan kecewa berat kalau esok itu indah.
maka kontradiksi ini menghalang aku untuk menjadi seseorang yang bukan diri aku (cth. menjadi lelaki ber-cita2 tinggi) dan sedikit sebanyak telah menimbulkan konflik dalaman yang pada pendapat aku hanya motivasi dan semangat luarbiasa sahaja yang mampu meng-hijrah-kan diri ini.
tuhan, tolong aku!

notakaki : aku mendoa-kan yang baik2 untuk aku, kamu, dan kita. doakan aku kembali.

Jumaat, 2 Mac 2012

meyakin-kan hati

aku meyakinkan hati ini bahawa yang terbaik itu adalah apa yang aku miliki saat ini.
memang ada yang lebih baik tapi kalau tuhan kata itu bukan milik aku maka itu bukan-lah yang terbaik.
kadang2 berharap sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dimiliki saat ini mungkin kurang baik dari menerima sesuatu seadanya.
dan buat aku kelihatan seperti orang yang berputus asa dan tiada cita2.
(mesti-lah sebab aku pun tak tahu mahu jadi apa!)

notakaki : seperti dahulu tapi takut tak dapat penuhi tanggapan kamu!