Khamis, 26 Julai 2012

pelacur perasaan

penat hari2 menangis tapi mujur-lah hanya berlaku di malam hari.
kalau tak batal puasa aku.
tapi kenapa mengalir-kan air mata?
sebenar-nya aku sedih.
bukan sedih sebab kejadian yang berlaku.
tapi sedih sebab aku tak dapat menjadi orang yang lebih baik dari semalam.
aku selalu terlupa tentang apa itu menjadi lebih baik.
bukan tak tahu di mana tempat bengkok dan cacat tapi hidup ini selalu dilapik oleh keselesaan cara dan gaya hidup se-hari2 yang sudah sebati dan menjadi rutin.
ego diri enggan bertransformasi ikut acuan dan templat sedia ada yang sudah tentu lebih baik.
dan demi mempertahan-kan kehidupan sedia ada yang konon2 sudah lebih baik dari cukup maka kata2 nasihat, motivasi, dan kadang kala seperti arahan itu diabai-kan.
ada penyesalan tentang keengganan itu-lah yang menjadi punca kejadian yang tidak pernah aku ingin-kan itu berlaku, dan bukan tentang kejadian itu sendiri sebab kejadian itu berlaku atas pilihan yang menjadi hak seseorang untuk memilih.
ada satu peristiwa pada suatu malam yang betul2 buat aku menangis.
aku cuba mendengar suara dia tapi malang-nya panggilan tak dijawab walaupun aku tahu dia memang takkan jawab tapi itu bukan-lah masalah sebenar.
macam biasa aku pun mula berfikir yang bukan2 tentang sedang apa dan di mana dia.
ya aku memang tak percaya dan selalu curiga tentang dia!
dan bila ber-macam2 perkara yang aku fikir maka rasa amarah pun mula menguasai diri.
tapi hati aku sebak dan luluh bila untuk kali ketiga panggilan aku berjawab dengan suara lemah dan mamai dia yang sudah tentu aku kenal benar dia sedang tidur.
serta-merta air mata ku jatuh - kecewa dengan diri sendiri yang tak pernah berfikir yang baik2 tentang dia dan selalu ingin menang bak kata dia.
agak lama aku melayan tangisan malam itu sebab perasaan serba salah pada dia yang selama ini aku kira sudah cukup banyak memendam rasa dan sangat terluka dengan peristiwa2 yang menimpa dia sedang aku pula bukan mahu mengubat malah menambah pula bebanan diri-nya.
biarpun aku sudah terlambat untuk memperbaiki keadaan aku dan dia tapi biar-lah peristiwa itu jadi panduan aku untuk hari esok.
bohong kalau aku tidak berharap tapi aku tahu kondisi aku saat ini memang aku tak mampu untuk menjadi seseorang yang boleh masuk dengan dia.
jadi aku biar-kan dia dengan dunia indah pilihan dia dan aku pula akan terus-kan hidup ini tanpa berharap untuk kembali merasa indah cherita masa lalu.


notakaki : selamat dan berbahgia kamu dan pilihan kamu. aku mahu mati saja kecuali bidadari datang menyelamatkan.

Khamis, 12 Julai 2012

sangkut

kau tahu aku mahu buat apa?
ada macam2 yang aku ingin buat tapi aku tak tahu apa akan jadi maka buat atau tidak tetap tak tahu apa akan jadi.
tak buat apa2 mungkin akan jadi sesuatu.
buat sesuatu mungkin tak jadi apa2.
baik-lah mari berseronok!

notakaki : dulu ada rasa yang keadaan boleh kembali macam2 dulu lepas kejadian tapi kali ini tak rasa macam itu. mungkin betul2 dah hilang rasa. suka la kamu kan?

Sabtu, 7 Julai 2012

kalau boleh

tulis entri lagi?
jangan tanya kenapa sebab ini sahaja tempat aku ber-ekspresi.
kadang2 sukar untuk sekadar memendam emosi di dalam diri sebab kebanyak-kan emosi yang dialami manusia itu bersifat projeksi.
atau lebih tepat lagi emosi itu walaupun berasal dari interior manusia tetapi tafsiran atau translasi emosi itu hanya dapat dibuat melalui reaksi eksterior.
faham?
tetapi ada waktu2-nya sesuatu perkara itu lebih elok diabai-kan sahaja dan tidak perlu difikir-kan lagi.
berhenti pada satu titik yang boleh dianggap sebagai garisan penamat - tidak kira siapa yang menentukan atau bagaimana ia ditentukan, dan tidak pula perlu ditentukan secara bersama.
pada saat itu apa pun yang terjadi, yang telah terjadi, dan yang akan terjadi - keadaan mungkin akan atau tidak berubah.
dan ketidaktentuan ini-lah yang harus diambilkira bila mempertimbang-kan untuk membuat langkah seterus-nya - sama ada untuk berbuat sesuatu atau berhenti dari berbuat apa2.
semua perkara mempunyai perlbagai kemungkinan tapi kalau kemungkinan2 itu diselubungi ketidaktentuan dan ketidakpastian maka berfikir panjang atau membuai perasaan mengenai perkara itu sudah tentu membuang masa dan mengontangkan fikiran.
ada konflik dalam diri ini tentang berpegang pada kemahuan hati versus berpijak pada realiti.
aku mahu-kan sesuatu yang aku sangat percaya pada-nya malah berpegang erat pada kemahuan itu tapi aku telah diperlihat-kan se-jelas2nya bahawa kemahuan itu tidak mungkin akan aku dapat malah semakin hari semakin jauh ia pergi.
aku berada dalam dilema antara mahu berhenti, berehat, atau terus-kan apa yang aku percaya itu walaupun aku telah diberitahu dan maklum bahawa tidak ada apa yang akan berubah.
tetapi macam aku cakap di atas kadang2 ada perkara yang elok diabai-kan sahaja tanpa perlu berfikir apa2 lagi sebab itu lebih baik dari melayan kepelbagaian kemungkinan yang tidak pasti.
memang apa pun boleh berlaku esok tapi biar-lah hari ini aku berfokus sahaja tentang apa yang aku hadapi hari ini.
sakit tapi tak cukup sakit.
marah tapi tak cukup marah.
sedih tapi tak cukup sedih.
kecewa tapi tak cukup kecewa.
dan semua emosi ini kalau bukan tentang berpegang pada kemahuan dan kepercayaan hati sudah tentu aku boleh bersenang hati untuk abaikan-nya.
tidak ada apa pun yang boleh henti-kan kemahuan ini tapi macam aku cakap buat apa mahu seksa diri kalau sudah tahu realiti.
hari2 pun masih mengeluh tentang perkara yang sama.
apa yang aku dapat pun aku tak tahu.

notakaki : mudah sangat mahu buat konklusi tentang orang lain tetapi terlalu sukar untuk sesekali meng-introspeksi diri. aku pun tahu salah dan silap diri sendiri dan aku pun tahu tak boleh suruh orang ikut kemahuan kita. itu menyalahi hak membuat pilihan sendiri. hati kalau dah enggan maka tetap-lah enggan. adakala-nya cuba untuk memperbetul-kan keadaan tapi keadaan telah berlaku dan tak boleh diubah. pendek kata sudah jelas situasi langsung tak boleh dibaiki, apatah lagi untuk kembali kepada asal. satu jalan sahaja yang tinggal - abaikan, hentikan, dan lupa-kan semua.

Jumaat, 6 Julai 2012

propagasi

kalau diikut-kan perasaan memang akan ada perlakuan semberono yang aku buat tapi bila otak kembali berfungsi serentak dengan itu juga teringat ayat 'things will never change'.
maka harus lakukan apa untuk se-kurang2nya dapat menghilangkan rasa2 yang tidak selesa ini?
berapa banyak dan berapa kali pun aku fikir masih lagi ber-objektif perkara yang sama iaitu dia.
aku tahu aku mahu dan masih sanggup untuk tunggu dan terus berharap tapi sejak sekian lama-nya aku perasan ini bukan tentang mengejar impian tapi lebih kepada 'self-destruction'.
objektif yang statik dan stereotaip itu walaupun bagi aku adalah kepuasan sejati tetapi itu-lah punca aku gagal untuk mempelbagai-kan dimensi aku tentang memahami dan bertindak dengan betul mengikut situasi.
pendek kata aku menjadi seorang yang penting-kan diri sebab kebergantungan aku pada objektif itu membuat-kan aku lupa tentang sifat dan komposisi objektif itu sendiri.
dan lebih malang lagi aku seperti-nya enggan untuk melihat sisi2 lain yang sebenar-nya ada di depan mata tapi tak dilihat.
kekadang perlakuan2 yang diprojeksi-kan tidak menggambar-kan tentang mencapai objektif sebab sudah melampaui batasan2 yang berkaitan dengan menjaga hati.
juga selalunya konflik dan pertembungan idea yang jelas songsang tidak diuruskan dengan baik hanya kerana aku cuma mengikut emosi.
sekarang persoalan-nya cuma bila-kah ini akan berakhir?
maksud aku sampai bila aku cuma tahu mengeluh, berkomentar, dan konon menulis sesuatu yang jelas sekadar mempertahan-kan diri sendiri sahaja tanpa berbuat sesuatu yang se-kurang2nya dapat mereda-kan ketegangan jiwa ini
tapi biar-lah untuk kali ini aku ingin rasa semua yang aku sedang rasa puas2.
sebab-nya walau apapun yang aku buat, tidak kira secara aktif atau pasif, positif atau negatif, situasi dan kondisi tidak akan berubah.
mengharap-kan aku untuk berubah total tidak mungkin jadi tak boleh harap perkara yang sama dari orang lain.
atau menerima dengan redha, tanpa banyak bicara mahupun emosi pun tidak mungkin sebab hati bukan batu untuk statik dan tidak rasa apa2.
kejadian hari ini berlaku sebab cherita semalam tapi perlu ingat esok juga boleh ditentukan oleh tindakan hari ini.
aku cuma sekadar memberitahu sesuatu yang tidak signifikan dalam cherita ini dan jauh sekali dari berharap evolusi, revolusi, reformasi atau transformasi akan berlaku.
dan mohon sedikit ruang dan waktu sebelum aku berhenti dari berinteraksi dengan perasaan ini.

notakaki : terlupa dan terlupa. tahu mahu buat apa tapi selalu terlupa apa yang boleh dan apa yang tidak. apa salah-nya jaga hati orang lebih dari jaga hati sendiri tapi aku tak boleh buat macam itu dan aku pun tak suka kalau hati ini jadi alat sukan. maka kesimpulan-nya adalah jangan berharap kalau aku sendiri tak boleh buat apa yang diharapkan. mudah bercakap tapi susah nak buat. lagi pun aku sedar aku berurusan dengan situasi dan personaliti yang sukar serba serbi. bukan tak pernah cuba tapi kalau berjaya cerita tak macam ini. di mana aku akan berada esok hari masih tak pasti tapi boleh-lah berkira2 untuk berangkat pergi. sh*t!

Khamis, 5 Julai 2012

tergantung

kan aku dah cakap rumah yang bergoyang itu sebenar-nya hanya menanti masa untuk runtuh.
cuba-lah selamat-kan dengan menambah tiang atau menyangga dengan kayu tetapi kalau tapak-nya sudah tidak kukuh maka tidak ada apa lagi yang boleh diharap atau diimpikan lagi.
tetapi bagaimana hendak memperbaiki tapak yang tidak kukuh itu bukan-lah kerja yang senang bahkan hampir mustahil untuk dilakukan.
kerja keras, semangat lebih, komitmen, dan kadang2 perlu-kan kesakitan sekadar untuk menetap-kan niat.

notakaki : nampak-nya modal menulis turun mencurah2 dengan kejadian itu. bersyukur tidak, bersedih pun tidak tapi rasa2 ini adalah warna-warni yang berselerakan dalam spektrum cahaya kehidupan.

Selasa, 3 Julai 2012

mencarut

aku takkan pergi selagi berdiam diri itu adalah jawapan kamu.
aku tahu situasi ini sudah beberapa kali terjadi tapi kita pun tahu kenapa.
aku penat dengan cara kamu melayan aku.
siapa-kah aku pada kamu?
musuh kamu?
kamu buat aku rasa macam penjenayah.
semua tingkah dan kata adalah salah.
aku tanya kenapa tapi kamu diam sahaja.
balik2 tidak ada apa2.
mustahil kalau tidak ada apa2 tapi tingkah laku kamu menjelas-kan ada sesuatu yang sedang berlaku.
aku tak faham dan tak dapat terima kenapa kamu enggan ber-kata2.
susah sangat atau kamu enggan berada di sebelah yang salah?
sebenar-nya aku tahu ini modus operandi kamu seperti yang selalu kamu laksana-kan.
aku yang dulu enggan meletak-kan kamu di sisi yang salah kini tanpa ragu2 menunjuk jari ke arah kamu.
ya tapi bukan sepenuh-nya sebab aku tahu aku juga ada peranan dan punca dalam semua kekusutan ini.
aku tak tahu apa rancangan kamu tapi aku juga tak tahu sama ada kamu tahu dan sedar tentang harapan aku.
harapan yang tak pernah aku lupa-kan dan tak pernah aku putus asa-kan tak kira apa pun yang terjadi.
aku sebenar-nya terlalu ingin untuk tarik diri dan berundur dari usaha ini.
penat sangat2.
sakit sangat2.
dan betapa bodoh diri ini untuk terus mengharap pada sesuatu yang tidak ada.
kamu yang aku tak pasti tahu atau tidak ada-kah kamu sedar tentang situasi aku?
aku mati2 ingat kamu sekurang2nya perasan tapi sebaliknya.
malah bukan menjadi urusan kamu juga.
sial-nya aku sangka ada sedikit perasaan dalam diri kamu.
celaka-nya aku yang entah berapa kali berada di bawah telapak kaki masih juga mahu terkapai2 cuba mengait impian itu.
sudah cukup sudah.
babak berikut-nya aku tak pasti lagi bagaimana skrip-nya.
cuma kalau boleh kamu cerita-kan aku tentang kamu.
dan aku pula cerita-kan tentang aku.
tapi kalau dengan penuh 'bullshit' kamu enggan atau tak tahu lagi maka kamu memang perempuan boleh pakai!

notakaki : apa2 yang terjadi, 'the blame is on me. believe me.'