'perasan tak kadang2 bukan manusia yang berubah sebenar-nya, tetapi kita yang melihat orang itu secara realiti sebab mungkin selama ini kita melihat orang itu secara fantasi.'
memang betul manusia boleh berubah.
itu normal dan tidak ada yang salah tentang itu.
cuma bila manusia berubah dari sesuatu yang baik kepada yang kurang baik itu yang menjadi masalah.
semua orang tak boleh terima itu.
kita selalu melihat orang berubah.
dan selalu juga menyalah-kan orang itu bila mereka berubah.
tetapi ada-kah kita perasan yang kadang2 bukan mereka yang berubah sebenar-nya, tapi kita melihat orang itu secara realiti sebab selama ini kita melihat orang itu secara fantasi.
aku bagi contoh supaya lebih senang untuk difahami.
dan contoh ini aku petik berdasarkan situasi tentang perhubungan seorang lelaki dan perempuan.
katakan seorang gadis baru berkenalan dengan seorang lelaki dan gadis ini mendapati lelaki ini sangat mengambil berat tentang diri-nya.
gadis itu suka sifat lelaki tersebut dan mahu jadi kekaseh hati lelaki itu.
bila gadis itu ada niat macam itu, maka dalam diri-nya tentu mengharap-kan yang lelaki itu benar2 seorang yang baik buat diri-nya selain mempunyai sifat mengambil berat itu.
dan 'harapan' itu mewujud-kan satu fantasi pada gadis itu bahawa lelaki itu cukup sempurna dan baik untuk diri-nya.
sedang-kan realiti-nya gadis itu tidak tahu atau tahu sedikit tentang lelaki itu.
bila perhubungan bermula dan perkenalan semakin mendalam, realiti tentang lelaki itu yang selama ini terlindung oleh fantasi gadis itu semakin lama akan kelihatan juga.
pada saat itu serta merta cara pandangan gadis itu terhadap lelaki itu akan berubah kerna gadis itu sudah dapat melihat realiti lelaki itu.
tetapi yang biasa terjadi ialah gadis itu akan mengatakan lelaki itu yang berubah berbanding ketika mula2 kenal dahulu.
pada hal hakikat-nya gadis itu cuma melihat lelaki itu dari sisi realiti sahaja sebab selama ini pandangan-nya hanya berpaksikan sisi fantasi yang dicipta-kan oleh gadis itu sendiri.
aku tidak salah-kan sesiapa dalam hal ini sebab ini bukan soal betul atau salah tapi soal sedar atau tidak.
kita melihat orang melalui pelbagai perspektif berdasar-kan hierarki mereka dalam hidup kita.
boleh jadi perspektif itu kita yang tentu-kan atau sebalik-nya.
tak kira-lah dari perspektif mana pun kita melihat seseorang, yang paling penting adalah untuk mengenali orang itu luar dalam baik dan buruk.
hanya dengan cara itu sahaja kita dapat melihat realiti dan tidak terpedaya dengan fantasi ciptaan kita.
dan paling elok kalau kita kenal dulu kemudian baru tentukan perspektif mana kita mahu lihat seseorang itu.
manusia memang berubah.
cuma persoalan-nya ialah siapa yang berubah? diri sendiri atau orang laen?
notakaki : aku sekadar mengarut berdasar-kan pandangan aku di satu sisi laen kehidupan. ini-lah diri aku yang sebenar-nya yang mungkin kamu tak pernah kenal sebelum ini. maaf-kan aku.