Khamis, 22 Disember 2011

noktah

dan aku
pada ketika dan saat ini
akan menoktah-kan semua cherita itu

lepas ini biar-lah
lantak-lah
pedulikan-lah
untuk apa pun yang jadi

*gambar hiasan se-mata2*
notakaki : bersiap sedia.

Khamis, 8 Disember 2011

entri kemaskini se-mata2

dulu rajin tulis sebab serabut.
bila serabut macam2 aku fikir.
dan bila aku fikir maka keluar-lah bermacam jenis ideologi dan filosofi.
demi mengelak-kan pembaziran minda maka aku tulis dalam blog ini.
tapi yang pasti tak semua aku tulis sebab aku tak suka menaip.
walaubagaimanapun sejak akhir2 ini aku sudah jarang menulis bukan bermakna aku tak serabut.
masih lagi serabut tapi aku malas nak taip guna papan kekunci.
lagi pula aku benar2 tiada hidup (baca : life).
di pejabat bermain permainan.
di rumah makan tidur berak dan mandi.
masa2 yang ada aku biar-kan berlalu begitu sahaja.
memang suatu kerugian untuk seorang manusia pada hal tuhan sudah sediakan segala-nya untuk aku lakukan.
aku mahu cari sesuatu yang ada makna.
sebelum dunia tiada.

notakaki : kalau tak buleh terima satu kekurangan, jangan berharap tentang kesempurnaan.