Isnin, 28 Mei 2012

konklusi

aku terlepas harijadi blog.
sial-nya semua gara2 krisis dan konflik itu.
tak mengapa-lah, biar-kan sebab sudah berlalu.
sebenar-nya hari itu ada satu entri yang telah siap aku karang dan sedia untuk di-terbit-kan.
tapi malang-nya aku sudah dapat rasa yang kata2 mahupun tulisan2 takkan mengubah apa2.
dan aku mengambil keputusan untuk tidak menerbit-kannya.
maka entri bertajuk seperti di atas ini sekadar bercherita tentang konklusi yang aku dapat hasil dari ujikaji2 dan kejadian2 yang telah berlaku selama ini.
apa-kah konklusi-nya?
kawan, tidak ada apa2, suka hati, tiada hak, biar-lah, ikut-lah, sudah-lah.
salah aku.
tapi mahu tuding jari salah-kan sesiapa pun tak boleh sebab tidak ada persamaan dan kesatuan dalam kemahuan, persepsi, dan ideologi kami maka sudah tentu konflik berlaku bila ada pertembungan idea dan pada masa itu sudah tentu individu yang tak selari dengan pemikiran masing2 dipandang sebagai pesalah.
maka hujah tentang siapa salah itu tidak sah dan tidak ada asas untuk dibicara-kan.
dan aku pula harus buat apa?
buat bodoh!
serius aku ingin buat begitu tapi tak boleh pula.
buat masa sekarang aku cuma ingin lupa-kan semua dan hidup macam orang baru lahir.
kosong.
dan masa2 yang telah berlalu itu aku anggap sebagai usaha dan kerja keras aku demi memenuhi harapan aku.
sekurang2-nya aku telah mencuba dengan upaya dan susah-payah untuk sesuatu yang aku percaya dan bagi aku itu sudah membukti-kan yang aku sebenar-nya mampu untuk membuat sesuatu yang bermakna.
tak kisah-lah dengan situasi akhir yang terjadi sebab itu bukan ditentu-kan oleh kaki yang berpijak di bumi ini.
yang penting aku tak pernah rasa sia2 dengan penantian dan pengharapan ini.
sumpah!


notakaki : suatu hari bersembang dengan anak2 muda malaya di mamak dan ber-cherita tentang kenapa mahu jadi samseng sedang-kan tahu itu salah. itu-lah aku cuba fahami, terima, dan tidak bersuara lagi.

Sabtu, 12 Mei 2012

perli!

selalu mendengar bisikan2 kechil dan suara2 halus.
yang bersama-nya datang membawa seribu satu cherita dan persoalan.
dan khabar2 ini-lah yang selalu meresah-kan diri ini tentang kemungkinan2 yang bakal terjadi kelak tapi malang-nya tanpa kepastian.
dari menanti dan menahan resah ada baik-nya kalau mulai segera enggan lagi mendengar.
pekak-kan telinga, buta-kan hati, dan rencat-kan akal.
sukar dan sukar yang ditempuh, sakit dan perit yang dirasa, kadang2 memang sangat seksa untuk ditanggung.
dan implikasi untuk menjadi manusia kurang adab dan akal itu nampak-nya seperti hanya perlu memetik suis lampu di dinding.
menerima, menerima, dan menerima seadanya tanpa ada peluang untuk sedikit pun bereaksi atau berekspresi sebenar-nya mengecewa-kan.
penerimaan ini bukan seperti penerimaan manusia seistimewa nabi.
ini cuma seorang manusia yang ada emosi.
pendam emosi bukan pilihan.
tapi kadang kala garis sempadan ini akan dilepasi juga namun bukan-lah menjadi niat sebenar-nya.
terkadang penyeberangan sempadan itu lahir akibat pendam emosi yang tak dapat ditanggung.
dan cukup lama reputasi dan persepsi tentang sabar dalam jiwa ini sering dilayar-kan dalam hidup se-hari2.
dan berhidup dengan reputasi dan persepsi itu tidak ringan sebab beban itu menekan emosi dan ekspresi diri ini.
mana mungkin senyum dalam kesedihan.
mustahil ketawa dalam kesakitan.
tapi demi memenuhi tanggapan bahawa diri ini sabar dan tidak banyak beremosi maka semakin lama semakin banyak sakit yang dirasa.
tak mampu manusia ini hidup dalam kondisi itu sebab konflik2 yang telah berlaku jelas menunjuk-kan pola2 kejadian yang pada akhirnya dapat dikonklusi-kan kepada satu perkataan, bencana.
mohon berundur bukan sebab tak mampu, bukan sebab tak nak, bukan sebab takut, bukan sebab rasa diri tak guna, tapi sebab rasa diri perlu mendapat ruang sendiri.
pada bisikan2 kechil dan suara2 halus tolong bawa cherita yang indah bila berkunjung lagi di lain waktu.

notakaki : tak dapat diselamat-kan!

Selasa, 8 Mei 2012

hilang kepercayaan

sebab itu semua serba tak kena.
jangan tanya aku kenapa.
atau menuding jari.
aku dah penat dan tenat.
bukan tak pernah mencuba tapi kau tak kesah kan.
jelas sekarang tidak akan ada yang berubah.
atau imuniti aku akan bertambah.
maka aku blah!

notakaki : kena lagi!