Sabtu, 7 Januari 2012

pemenuhan tanggapan (fulfill the expectations)

pemenuhan tanggapan itu bukan kerja mudah.
aku bukan superman walaupun kadang2 aku beraksi lebih daripada seorang superman tapi aksi yang kadang2 itu mewujud-kan tanggapan (ilusi mungkin?) yang aku ini superman.
dan malangnya tanggapan (ilusi) itu bila gagal aku penuhi maka automatik hati2 yang mempunyai tanggapan itu akan kecewa.
aku cuma mampu kata maaf.
mungkin aku sanggup buat itu dan ini.
mungkin aku selalu dapat buat itu dan ini.
tapi aku bukan orang yang sentiasa mampu memenuhi tanggapan itu.

notakaki : kadang2 kecewa ini tak dapat menandingi kecewa itu. dan selalunya kecewa ini akan ditambah kecewa itu. kecewa ber-ganda!

Khamis, 5 Januari 2012

dua kosong satu dua

2012 itu apa?
khalayak yang berteriak sampai serak dan bersorak "dua ribu dua belas" bila detik 12 malam meraikan kedatangan tahun baru.
tahun baru bermakna tahun yang lama sudah habis.
berada di tahun baru boleh jadi ada beberapa perkara yang boleh di'baru'kan.
boleh di'baru'kan mungkin bermaksud tukar/buang yang lama dan ganti yang baru.
tapi tipu kalau aku cakap aku tak mahu apa2 sempena tahun baru ini.
apa mahu?
err....

notakaki : perihal politik buat aku sesak nafas. tapi ada seseuatu yang menarik tentang 1969 dan AUKU. aku harap aku boleh buat carigali tentang itu suatu hari nanti. tapi kalau ada bahan2 yang sudah tersedia maka aku lagi suka sebab aku tak perlu susah payah!