Rabu, 22 Februari 2012

pilihan tapi tak dipilih

kalau bukan pilihan, jasa setinggi gunung, budi seluas lautan tetap-lah tak dipandang.
tapi bukan gelaran yang dikejar.
atau pangkat yang diharap.
cukup-lah sebuah penghargaan ber-bunyi 'terima kaseh'.

notakaki : pengharapan atau 'expectation' itu terlalu ringan untuk disebut, tapi terlalu berat untuk dipenuhi.

Khamis, 9 Februari 2012

aku cuma mahu bahagia, dan 2 soalan untuk kamu; adakah kamu bahagia dengan aku dan kamu boleh bahagiakan aku?

maka hari ini kalau bersolidariti dengan pergerakan arus songsang itu kool ea?
manakala bersekongkol dengan instalasi2 pemerintah itu bangsat kan?
dan yang konon2 kool dan bangsat ini lupa pada mereka2 yang cuma mahu hidup ikut definisi masing2.

notakaki : aku mahu dia pergi cari bahagia dia sendiri. aku tak mahu menanti di sisi sebab aku tahu selagi dia begitu maka aku pun tak bahagia dan bila aku tak bahagia maka aku akan jadi beban dan masalah buat dia. kalau fungsi aku sekadar teman suka2 atau hobi masa lapang aku tak kisah pun tapi hati aku pun ada perasaan. kalau perasaan tidak emo mungkin boleh buat dia seronok tapi kalau emo tentu sakit hati dia. sukar betul situasi bila dia tak jawab aku ini siapa pada dia. (aku nak keluar makan malam dengan dia pun ada orang persoalkan. entah siapa, tiada kaitan dengan aku dan boleh masuk campur urusan aku. sial dan cilake keadaan ini membuat aku sangat sakit hati.)

Rabu, 8 Februari 2012

kata2 yang berselirat

kehendak yang tak boleh dipaksakan.
kemahuan yang tak boleh diikut.
masing2 tak mahu mengalah.
betul atau salah kan ikut tafsiran sendiri.
cuba dan cuba bertahan dengan memendam perasaan.
tapi lama2 perasan sampai bila.
akhirnya harus luahkan juga.
mungkin hilang selama2nya tapi kalau itu bahagia biarkan-lah.
melihat dari jauh senyuman itu adalah 'priceless'.

notakaki : katakan kamu mahu apa. sebab aku tak tahu apa2.

Sabtu, 7 Januari 2012

pemenuhan tanggapan (fulfill the expectations)

pemenuhan tanggapan itu bukan kerja mudah.
aku bukan superman walaupun kadang2 aku beraksi lebih daripada seorang superman tapi aksi yang kadang2 itu mewujud-kan tanggapan (ilusi mungkin?) yang aku ini superman.
dan malangnya tanggapan (ilusi) itu bila gagal aku penuhi maka automatik hati2 yang mempunyai tanggapan itu akan kecewa.
aku cuma mampu kata maaf.
mungkin aku sanggup buat itu dan ini.
mungkin aku selalu dapat buat itu dan ini.
tapi aku bukan orang yang sentiasa mampu memenuhi tanggapan itu.

notakaki : kadang2 kecewa ini tak dapat menandingi kecewa itu. dan selalunya kecewa ini akan ditambah kecewa itu. kecewa ber-ganda!

Khamis, 5 Januari 2012

dua kosong satu dua

2012 itu apa?
khalayak yang berteriak sampai serak dan bersorak "dua ribu dua belas" bila detik 12 malam meraikan kedatangan tahun baru.
tahun baru bermakna tahun yang lama sudah habis.
berada di tahun baru boleh jadi ada beberapa perkara yang boleh di'baru'kan.
boleh di'baru'kan mungkin bermaksud tukar/buang yang lama dan ganti yang baru.
tapi tipu kalau aku cakap aku tak mahu apa2 sempena tahun baru ini.
apa mahu?
err....

notakaki : perihal politik buat aku sesak nafas. tapi ada seseuatu yang menarik tentang 1969 dan AUKU. aku harap aku boleh buat carigali tentang itu suatu hari nanti. tapi kalau ada bahan2 yang sudah tersedia maka aku lagi suka sebab aku tak perlu susah payah!