Isnin, 31 Oktober 2011

lepaskan-lah

dan tetiba jiwa kacau.
gelisah dan resah dan tak tentu hala.
kekadang berlaku tak tentu pasal.
tapi mesti-lah ada kaitan dengan dia.
sebab dia seorang sahaja yang ada kuasa.
teringin buat dia mengetahui-nya walau tak dapat memahami.
tapi bagaimana untuk buat dia perasan sekurang2nya.
sebab sedangkan pabila aku beritahu depan mata pun dia buat tak tahu.
inikan pula mahu dia ambil kesah walaupun sekecil zarah.
aku cukup degil untuk berganjak ke belakang.
cukup angkuh untuk menerima.
dan cukup bodoh untuk terus bertahan.
ada orang kata ini adalah tanda yang rasa itu betul dan benar.
tapi orang lain kata kenapa menyeksa diri untuk sesuatu yang tidak ada.
berapa kali berulang cherita yang sama entah-lah sampai bila akan berlaku.
orang yang tidak ada rasa mesti-lah bosan.
tapi aku yang merasa ini pasti-lah merana.
meminta yang satu ini tak pernah dapat.
berulang kali bertanya-kan soalan yang sama.
cukup-lah menjawab ada apa dalam hati kamu.
maka aku boleh pergi dari situ.

notakaki : mahu apa lagi kalau orang sudah tak mahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan