Rabu, 14 Mac 2012

menyatukan dua hati

ada 2 (dua) situasi yang membuat aku duduk tidak tenang.
1 (satu), apabila aku mahu buat sesuatu tapi aku tahu akibat perbuatan itu adalah dua situasi atau kondisi yang kontra.
2 (dua), apabila aku tidak buat apa2 tapi akibat dari kelakuan itu adalah aku terlepas sesuatu yang 'awesome' (mengagumkan).
baik-lah aku sebenarnya dalam keadaan tidak tahu apa akan jadi esok hari. 
dan aku pasti semua orang pun tidak tahu apa akan jadi esok hari.
tapi dalam sesetengah situasi atau kondisi, kejadian2 yang berlaku dalam masa-sebenar (real-time) boleh memberikan petunjuk2 (hints) tentang apa yang bakal berlaku di masa depan.
aku berikan contoh : seorang lelaki gemar menghisap dadah jenis syabu. apabila kekurangan wang untuk membeli bekalan maka beliau akan pergi merompak, menyamun atau meragut. maka kalau suatu hari nanti beliau mati ditembak polis maka tidak hairan-lah kerana hidup dan kelakuan beliau itu menjadi petunjuk tentang apa yang mungkin akan berlaku di masa hadapan.
faham?
dan berbalik dengan kehidupan se-hari2 ini bolak balik / maju mundur / turun naik ke mana arah sekali pun maseh berputar pada paksi yang sama.
sedangkan persoalan yang mula mengikat aku pada paksi ini tetap menjadi satu persoalan yang tak pernah dijawab sedangkan pada setiap putaran jarum saat yang berlalu aku selalu cuba mengkalkulasi setiap jawapan yang mungkin tapi hakikat-nya tidak ada jawapan yang akan aku dapat.
aku rimas menanti apa yang ada untuk aku pada hari esok. 
dengan kepelbagaian yang ada segala harapan dan impian aku mungkin boleh ditolak tepi sebab tidak ada realiti untuk kejadian masa depan.
kalau aku mengharap sesuatu yang indah hari esok, maka aku akan kecewa berat kalau esok tidak indah.
tapi kalau aku tidak mengharap apa2 untuk hari esok, maka aku akan kecewa berat kalau esok itu indah.
maka kontradiksi ini menghalang aku untuk menjadi seseorang yang bukan diri aku (cth. menjadi lelaki ber-cita2 tinggi) dan sedikit sebanyak telah menimbulkan konflik dalaman yang pada pendapat aku hanya motivasi dan semangat luarbiasa sahaja yang mampu meng-hijrah-kan diri ini.
tuhan, tolong aku!

notakaki : aku mendoa-kan yang baik2 untuk aku, kamu, dan kita. doakan aku kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan