kalau diikut-kan perasaan memang akan ada perlakuan semberono yang aku buat tapi bila otak kembali berfungsi serentak dengan itu juga teringat ayat 'things will never change'.
maka harus lakukan apa untuk se-kurang2nya dapat menghilangkan rasa2 yang tidak selesa ini?
berapa banyak dan berapa kali pun aku fikir masih lagi ber-objektif perkara yang sama iaitu dia.
aku tahu aku mahu dan masih sanggup untuk tunggu dan terus berharap tapi sejak sekian lama-nya aku perasan ini bukan tentang mengejar impian tapi lebih kepada 'self-destruction'.
objektif yang statik dan stereotaip itu walaupun bagi aku adalah kepuasan sejati tetapi itu-lah punca aku gagal untuk mempelbagai-kan dimensi aku tentang memahami dan bertindak dengan betul mengikut situasi.
pendek kata aku menjadi seorang yang penting-kan diri sebab kebergantungan aku pada objektif itu membuat-kan aku lupa tentang sifat dan komposisi objektif itu sendiri.
dan lebih malang lagi aku seperti-nya enggan untuk melihat sisi2 lain yang sebenar-nya ada di depan mata tapi tak dilihat.
kekadang perlakuan2 yang diprojeksi-kan tidak menggambar-kan tentang mencapai objektif sebab sudah melampaui batasan2 yang berkaitan dengan menjaga hati.
juga selalunya konflik dan pertembungan idea yang jelas songsang tidak diuruskan dengan baik hanya kerana aku cuma mengikut emosi.
sekarang persoalan-nya cuma bila-kah ini akan berakhir?
maksud aku sampai bila aku cuma tahu mengeluh, berkomentar, dan konon menulis sesuatu yang jelas sekadar mempertahan-kan diri sendiri sahaja tanpa berbuat sesuatu yang se-kurang2nya dapat mereda-kan ketegangan jiwa ini
tapi biar-lah untuk kali ini aku ingin rasa semua yang aku sedang rasa puas2.
sebab-nya walau apapun yang aku buat, tidak kira secara aktif atau pasif, positif atau negatif, situasi dan kondisi tidak akan berubah.
mengharap-kan aku untuk berubah total tidak mungkin jadi tak boleh harap perkara yang sama dari orang lain.
atau menerima dengan redha, tanpa banyak bicara mahupun emosi pun tidak mungkin sebab hati bukan batu untuk statik dan tidak rasa apa2.
kejadian hari ini berlaku sebab cherita semalam tapi perlu ingat esok juga boleh ditentukan oleh tindakan hari ini.
aku cuma sekadar memberitahu sesuatu yang tidak signifikan dalam cherita ini dan jauh sekali dari berharap evolusi, revolusi, reformasi atau transformasi akan berlaku.
dan mohon sedikit ruang dan waktu sebelum aku berhenti dari berinteraksi dengan perasaan ini.
notakaki : terlupa dan terlupa. tahu mahu buat apa tapi selalu terlupa apa yang boleh dan apa yang tidak. apa salah-nya jaga hati orang lebih dari jaga hati sendiri tapi aku tak boleh buat macam itu dan aku pun tak suka kalau hati ini jadi alat sukan. maka kesimpulan-nya adalah jangan berharap kalau aku sendiri tak boleh buat apa yang diharapkan. mudah bercakap tapi susah nak buat. lagi pun aku sedar aku berurusan dengan situasi dan personaliti yang sukar serba serbi. bukan tak pernah cuba tapi kalau berjaya cerita tak macam ini. di mana aku akan berada esok hari masih tak pasti tapi boleh-lah berkira2 untuk berangkat pergi. sh*t!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan