atau harus-kah soalan itu berbunyi garisan mana yang harus aku pilih buat permulaan.
kalau soalan itu yang pertama maka itu tentang keengganan hati untuk bermula baru dan melepas-kan kisah semalam.
dan soalan seterus-nya itu secara logik akal dan pertimbangan rasional sebenarnya wujud dan tinggal menanti masa untuk dipilih dan bukan sekadar menjadi alternatif.
cuma yang menjadi masalah kepada aku hanya-lah kerna aku enggan untuk memilih tapi tetap mahu berpegang pada apa yang aku percaya, rasa, dan harap.
tapi malang-nya peluang hanya datang sekali.
peluang kedua itu mustahil tapi jika ada sekali-pun aku tak cukup kuat untuk berhadapan dengan beban-nya.
notakaki : hari2 mengintai ingin tahu kejadian di sana. tapi bertahan untuk buat tidak tahu. dan keras-nya hati ini enggan pergi walaupun tahu sakit menanti. tuhan jaga-kan dia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan