Khamis, 22 Disember 2011

noktah

dan aku
pada ketika dan saat ini
akan menoktah-kan semua cherita itu

lepas ini biar-lah
lantak-lah
pedulikan-lah
untuk apa pun yang jadi

*gambar hiasan se-mata2*
notakaki : bersiap sedia.

Khamis, 8 Disember 2011

entri kemaskini se-mata2

dulu rajin tulis sebab serabut.
bila serabut macam2 aku fikir.
dan bila aku fikir maka keluar-lah bermacam jenis ideologi dan filosofi.
demi mengelak-kan pembaziran minda maka aku tulis dalam blog ini.
tapi yang pasti tak semua aku tulis sebab aku tak suka menaip.
walaubagaimanapun sejak akhir2 ini aku sudah jarang menulis bukan bermakna aku tak serabut.
masih lagi serabut tapi aku malas nak taip guna papan kekunci.
lagi pula aku benar2 tiada hidup (baca : life).
di pejabat bermain permainan.
di rumah makan tidur berak dan mandi.
masa2 yang ada aku biar-kan berlalu begitu sahaja.
memang suatu kerugian untuk seorang manusia pada hal tuhan sudah sediakan segala-nya untuk aku lakukan.
aku mahu cari sesuatu yang ada makna.
sebelum dunia tiada.

notakaki : kalau tak buleh terima satu kekurangan, jangan berharap tentang kesempurnaan.

Khamis, 3 November 2011

seluar saiz 29

alkisah seluar yang menutup aurat aku ini makin melondeh walaupun di lilit tali pinggang.
bermakna juga aku dah makin kurus sangat2.
pada hal dari dulu sampai sekarang tiap kali beli seluar mesti saiz 29 atau bila rasa sedikit munchet ambil saiz 30.
tak mengapa-lah kalau ini cherita-nya.
aku tak kisah pun tapi agak risau dengan situasi dan kondisi ini.
sampai bila harus bertahan begini?

notakaki : ada aku kesah? kata beliau.

Selasa, 1 November 2011

refuse/enggan

'juz go on with her.'
what is that supposed to mean?
sebenarnya aku tahu.
dan aku faham.
tapi aku enggan.
sebab aku ....

notakaki : tipu se-mata2.

Isnin, 31 Oktober 2011

lepaskan-lah

dan tetiba jiwa kacau.
gelisah dan resah dan tak tentu hala.
kekadang berlaku tak tentu pasal.
tapi mesti-lah ada kaitan dengan dia.
sebab dia seorang sahaja yang ada kuasa.
teringin buat dia mengetahui-nya walau tak dapat memahami.
tapi bagaimana untuk buat dia perasan sekurang2nya.
sebab sedangkan pabila aku beritahu depan mata pun dia buat tak tahu.
inikan pula mahu dia ambil kesah walaupun sekecil zarah.
aku cukup degil untuk berganjak ke belakang.
cukup angkuh untuk menerima.
dan cukup bodoh untuk terus bertahan.
ada orang kata ini adalah tanda yang rasa itu betul dan benar.
tapi orang lain kata kenapa menyeksa diri untuk sesuatu yang tidak ada.
berapa kali berulang cherita yang sama entah-lah sampai bila akan berlaku.
orang yang tidak ada rasa mesti-lah bosan.
tapi aku yang merasa ini pasti-lah merana.
meminta yang satu ini tak pernah dapat.
berulang kali bertanya-kan soalan yang sama.
cukup-lah menjawab ada apa dalam hati kamu.
maka aku boleh pergi dari situ.

notakaki : mahu apa lagi kalau orang sudah tak mahu.