Jumaat, 15 Julai 2011

cherita hidup biasa

aku tak tahu kenapa ingin hidup biasa2 saja itu macam ada yang salah.

ada kerja, ada kereta, ada tempat berteduh, boleh makan dan minum, cukup bulan dapat gaji.

dan tidak pula salah kalau berkeinginan untuk mendapat lebih daripada itu.

hak dan kehendak manusia ber-beza2 maka tidak ada istilah salah atau betul tentang hal ini.

dan bagi aku ini hidup aku yang telah dikurniakan tuhan.

terima dan bersyukur sahaja walaupun ku akui yang duet itu penting dan bila tak berkecukupan amatlah merunsingkan.

tapi aku yakin dan pasti setiap orang ada rezeki masing2.

dan memang aku ada keinginan untuk hidup dalam keadaan yang lebih baek dari sekarang.

mungkin rezeki aku setakat ini ataupun tuhan belum beri rezeki yang lebih buat aku.

cuma aku sedar aku perlu lebih berusaha mengejar sesuatu yang lebih banyak dari apa yang aku ada.

tak salah buat itu demi orang2 yang aku sayang dan orang2 yang sayang / pernah sayang aku.

notakaki : sebenar-nya laut maseh bergelora. walaupun selalu nampak tenang tapi sekali sekala dilanda badai memang amat meresah-kan dan merisau-kan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan