ada dan tiada itu samar2
antara nampak dan tak nampak
antara terang dan gelap
mungkin sekadar bayangan sahaja
padam-kan sahaja garisan itu
biar hilang
atau lukis-kan kembali garisan itu
biar jelas
meraba2 dalam gelap
tak tahu mana arah
tak tahu apa dicari
cuma bersandar pada rasa hati
notakaki : suatu hari nanti dengan yakin dan pasti akan ketawa ter-bahak2 baca entri sebelum ini. senyum dan ketawa makin hampir. foto tunggul di bukit broga yang terkenal itu tidak ada kaitan dengan perasaan menjadi tunggul - sepi dan diabaikan!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan