Isnin, 28 Mei 2012

konklusi

aku terlepas harijadi blog.
sial-nya semua gara2 krisis dan konflik itu.
tak mengapa-lah, biar-kan sebab sudah berlalu.
sebenar-nya hari itu ada satu entri yang telah siap aku karang dan sedia untuk di-terbit-kan.
tapi malang-nya aku sudah dapat rasa yang kata2 mahupun tulisan2 takkan mengubah apa2.
dan aku mengambil keputusan untuk tidak menerbit-kannya.
maka entri bertajuk seperti di atas ini sekadar bercherita tentang konklusi yang aku dapat hasil dari ujikaji2 dan kejadian2 yang telah berlaku selama ini.
apa-kah konklusi-nya?
kawan, tidak ada apa2, suka hati, tiada hak, biar-lah, ikut-lah, sudah-lah.
salah aku.
tapi mahu tuding jari salah-kan sesiapa pun tak boleh sebab tidak ada persamaan dan kesatuan dalam kemahuan, persepsi, dan ideologi kami maka sudah tentu konflik berlaku bila ada pertembungan idea dan pada masa itu sudah tentu individu yang tak selari dengan pemikiran masing2 dipandang sebagai pesalah.
maka hujah tentang siapa salah itu tidak sah dan tidak ada asas untuk dibicara-kan.
dan aku pula harus buat apa?
buat bodoh!
serius aku ingin buat begitu tapi tak boleh pula.
buat masa sekarang aku cuma ingin lupa-kan semua dan hidup macam orang baru lahir.
kosong.
dan masa2 yang telah berlalu itu aku anggap sebagai usaha dan kerja keras aku demi memenuhi harapan aku.
sekurang2-nya aku telah mencuba dengan upaya dan susah-payah untuk sesuatu yang aku percaya dan bagi aku itu sudah membukti-kan yang aku sebenar-nya mampu untuk membuat sesuatu yang bermakna.
tak kisah-lah dengan situasi akhir yang terjadi sebab itu bukan ditentu-kan oleh kaki yang berpijak di bumi ini.
yang penting aku tak pernah rasa sia2 dengan penantian dan pengharapan ini.
sumpah!


notakaki : suatu hari bersembang dengan anak2 muda malaya di mamak dan ber-cherita tentang kenapa mahu jadi samseng sedang-kan tahu itu salah. itu-lah aku cuba fahami, terima, dan tidak bersuara lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan