Khamis, 14 Jun 2012

salah

sedang aku berkhalwat di kamar tidur mahupun kamar mandi (tempat mula2 kejadian!), aku sedar tentang sesuatu yang aku tak perasan selama ini.
maklum-lah orang tua bodoh sombong macam aku ini mana mungkin kata2 seorang belia remaja mahu didengar dan diambil pelajaran-nya.
ia tentang hak seorang manusia untuk hidup mengikut kehendak diri-nya sendiri.
dia berhak untuk hidup dengan cara, kemahuan, gaya, ideologi, dan apa2 saja yang pada fikiran-nya itu adalah kehendak diri-nya.
bukan mengikut paksaan atau acuan atau apa2 yang telah ditentu-kan bukan oleh diri-nya sendiri kecuali dia melihat itu sebagai kehendak diri-nya juga.
tidak timbul persoalan sama ada pilihan yang dibuat mengikut kehendak-nya itu betul atau salah sebab aku cuma bercakap tentang hak untuk hidup mengikut kehendak diri sendiri, bukan tentang membuat pilihan yang betul atau salah.
sebab tentang membuat pilihan yang betul atau salah itu juga bergantung kepada bagaimana dia melihat sesuatu perkara itu dari dua sisi (sisi terang dan sisi gelap) dan membuat analisa dan konklusi tentang perkara itu yang akhir-nya berbalik kepada persoalan berkenaan bagaimana persepsi dia tentang sesuatu perkara itu akan mempengaruhi pilihan yang dia buat yang dapat memenuhi kehendak diri-nya.
ok.
cukup penjelasan dan pencerahan tentang hak untuk hidup mengikut kehendak diri sendiri.
konklusi aku adalah aku tidak ada hak dan keperluan untuk memaksa dia hidup ikut cara yang aku kehendaki.
limitasi aku cuma sekadar memberi opini dan nasihat.
rasionalisasi konklusi aku mudah; aku pun tak mahu hidup seperti justin bieber.
tapi malang-nya aku cuma ketahuan baru kebelakangan ini.
dan tentu-lah ia sudah terlambat untuk men-transformasi, me-reformasi, me-revolusi atau meng-evolusi situasi hari ini.
'the damage has been done' bak kata orang puteh.


notakaki : oh, aku cuma mahu jadi baik macam orang lain yang aku rasa baik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan