Jumaat, 1 Jun 2012

gile!

cuba perhati-kan di sekeliling kamu.
lihat orang2 yang berhidup dalam ruang lingkup penglihatan kamu.
berapa banyak kebaikan yang kamu nampak.
dan berapa banyak pula keburukan yang terlihat.
tak susah kan?
walaupun definisi dan metodologi kamu dalam menghurai-kan kebaikan dan keburukan itu mungkin berbeza dari aku tapi kita masih dibesar-kan di bumi yang sama maka secara umum-nya kita berada dalam spektrum yang tidak banyak berbeza.
maksud aku kita mungkin mempunyai idea yang serupa tapi tafsiran kita berbeza.
cuma aku sedar kadang2 perbezaan yang sedikit itu-lah yang menyebab-kan tidak ada keselarian dalam perjalanan kita.
tafsiran2 dan pandangan2 kita yang berbeza tentang sesuatu idea hanya menjadi asas kepada konflik yang menyukar-kan kita mencapai penyatuan dan persamaan.
baik-lah.
definisi dan metodologi bergantung kepada persekitaran yang kita alami.
pengalaman dan peristiwa masa lalu banyak mempengaruhi cara kita melihat sesuatu dan mempengaruhi perspektif.
kita cuma menjadi diri sendiri, dengan idea yang saling ber-oposisi, dan defini yang saling menyongsang.
persefahaman, penerimaan, dan penyatuan itu bukan opsyen kecuali dengan tekad dan kerja keras serta tanpa ego.
ego?
baca Sigmund Freud dan kamu akan dapati ego itu ada-lah sesuatu yang berguna.
tapi kalau ego itu membawa lebih kemudaratan maka ada sesuatu yang tak kena dengan diri kamu.

notakaki :  'kamu' bukan awak. 'kita' bukan saya dan awak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan