Rabu, 24 Ogos 2011

kemaskini entri se-mata2

senyap. sunyi. sepi. diam. tanpa suara.
perkataan yang menggambar-kan kekosongan.
mahu menulis tapi kejadian yang berlaku se-hari2 tak mengizinkan.
puasa, kerja, rehat di malam hari, dan melayan dia.
dia kembali.
seperti dulu.
tapi aku tidak pasti sampai bila.
se-lama2nya atau sejarah akan berulang?
entah-lah tapi aku harap ini sebuah permulaan.
dan aku perlu belajar dari sejarah.

notakaki : terima kaseh 'cahaya puteri'.

Rabu, 17 Ogos 2011

malam tadi berangan kawen dengan gadis itu!

dan tiba2 malam tadi aku kembali merasa-kan sesuatu yang sudah lama aku tak rasa.
mahu tidur tapi mata enggan pejam. 
sebenar-nya geram tapi apa boleh buat sebab bukan semua fungsi badan boleh dikawal oleh tuan punya badan.
sementara menanti lena tiba, aku risau pada waktu yang senggang itu fikiran aku akan melayang dan teringatkan dia.
ya aku memang selalu macam itu sebelum ini cuma sejak akhir2 ini frekuensi pengingatan aku pada dia sudah kurang dan kadang2 aku mampu menepis diri aku dari teringat.
macam mana aku buat itu?
terima kaseh pada skil aku yang mampu berangan yang bukan2.
dengan menggunakan daya imaginasi aku yang setinggi langit ini macam2 yang dapat aku angan2-kan.
dan itu sangat membantu aku 'menukar topik' pemikiran aku daripada dia kepada subjek lain.
dulu2 pun aku suka ber-angan2 terutama masa zaman bujang2 dulu.
lagi pula aku kan suka memikir-kan sesuatu tentang semua yang berlaku di sekeliling aku.
maka sekali sekala di sebalik pemikiran itu aku selit-kan angan2 supaya aku tidak tekanan memikir-kan sesuatu yang kadang2 tidak ada kaitan langsung dengan diri aku!
berangan tak salah kalau angan2 itu dijadi-kan cita2 sebab beza angan2 dengan cita2 cuma pada perlaksaan.
cita2 itu bermula dengan angan2.
kalau angan2 itu kekal dalam kotak pemikiran kita maka jadi-lah ia angan2 semata.
tapi kalau angan2 itu kita tranlasi-kan kepada usaha dan tindakan untuk mencapai-nya maka itu-lah cita2.
itu yang aku percaya dan aku pegang selama ini.
tapi takkan angan2 nak kawen dengan tizz zaqyah fathia latiff itu dijadikan cita2 pula kan?
itu nama-nya pijak tanah tak jejak, pijak air tak tenggelam, mengepak tangan tak terbang2.
untuk kesekian kali-nya aku harap hidup ini akan terus bercahaya dan dihiasi keindahan bunga2-an ciptaan tuhan yang bertebaran di atas muka bumi berkhalifah-kan manusia.
aku sudah penat melayan impian dan mimpi2 yang tak mungkin jadi realiti.
asal-kan tak terfikir-kan tentang dia maka berangan yang bukan2 pun aku sanggup!

notakaki : sekali lagi mendapat ucapan pergi m*mpos! tidak mengapa-lah sebab salah sendiri. hanya padan muka dan tahniah untuk diri sendiri. yeah! sementara itu kalau kamu lihat foto di atas pemegang berus gigi itu sudah melekat dengan jaya-nya manakala berus gigi oren itu rupa2-nya milik kamu. ok thanks bye!

Ahad, 14 Ogos 2011

tentang hari hujung minggu

hujung minggu sebenar-nya tidak ada apa2.
walaupun bulan puasa sabtu ahad tak kerja tapi aku tidak ada aktiviti.
makan, tidur, kemas2 bilik, atas-talian.
balik2 rutin yang sama sepanjang hari.
teringat dulu2 di waktu hujung minggu merupakan momen yang sangat aku tunggu.
dan masa2 yang berlalu setiap sabtu ahad itu sentiasa diisi dengan riang ria, gelak ketawa, dan suka duka.
ahh.. lupakan semua itu.
baru perasan beberapa hari tidak kemaskini entri.
kalau dulu aku cakap bidadari itu yang buat aku tidak ada perasaan untuk menulis tapi kali ini aku memang tidak ada sebab untuk kehilangan kata2.
cuma aku tengah siap-kan satu entri yang panjang tentang semua cherita antara aku dan dia.
ya, semua-nya sekali sebab itu ambil masa. (tipu!)
liga perdana inggeris sudah bermula dengan rasmi-nya dan macam biasa setan merah jadi pilihan aku bukan jambatan stamford yang tunggu masa mahu runtuh itu.
sekian sahaja cherita aku kali ini.
sengaja tulis se-mata2 mahu kemaskini blog.
selamat berpuasa!


notakaki : ini lagu tema aku hari ini. aku maseh saket tapi apa buleh buat sebab dia dah tak kesah pun. hahahahahahahaha....

Selasa, 9 Ogos 2011

kurang pahala puasa

dimaki
dihalau
dibuang
disepak
dipijak

sebut sahaja apa
semua sudah rasa
tapi aku maseh di sini
berdiri teguh dan kukuh
tak berganjak
bukan menanti
cuma sekadar memerhati
cherita yang berlangsung

notakaki : hari2 berdoa. semoga tuhan kabul-kan doa aku.

Isnin, 8 Ogos 2011

cherita tentang berubah

'‎perasan tak kadang2 bukan manusia yang berubah sebenar-nya, tetapi kita yang melihat orang itu secara realiti sebab mungkin selama ini kita melihat orang itu secara fantasi.'

memang betul manusia boleh berubah.
itu normal dan tidak ada yang salah tentang itu.
cuma bila manusia berubah dari sesuatu yang baik kepada yang kurang baik itu yang menjadi masalah.
semua orang tak boleh terima itu.
kita selalu melihat orang berubah.
dan selalu juga menyalah-kan orang itu bila mereka berubah.
tetapi ada-kah kita perasan yang kadang2 bukan mereka yang berubah sebenar-nya, tapi kita melihat orang itu secara realiti sebab selama ini kita melihat orang itu secara fantasi.
aku bagi contoh supaya lebih senang untuk difahami.
dan contoh ini aku petik berdasarkan situasi tentang perhubungan seorang lelaki dan perempuan.
katakan seorang gadis baru berkenalan dengan seorang lelaki dan gadis ini mendapati lelaki ini sangat mengambil berat tentang diri-nya.
gadis itu suka sifat lelaki tersebut dan mahu jadi kekaseh hati lelaki itu.
bila gadis itu ada niat macam itu, maka dalam diri-nya tentu mengharap-kan yang lelaki itu benar2 seorang yang baik buat diri-nya  selain mempunyai sifat mengambil berat itu.
dan 'harapan' itu mewujud-kan satu fantasi pada gadis itu bahawa lelaki itu cukup sempurna dan baik untuk diri-nya.
sedang-kan realiti-nya gadis itu tidak tahu atau tahu sedikit tentang lelaki itu.
bila perhubungan bermula dan perkenalan semakin mendalam, realiti tentang lelaki itu yang selama ini terlindung oleh fantasi gadis itu semakin lama akan kelihatan juga.
pada saat itu serta merta cara pandangan gadis itu terhadap lelaki itu akan berubah kerna gadis itu sudah dapat melihat realiti lelaki itu.
tetapi yang biasa terjadi ialah gadis itu akan mengatakan lelaki itu yang berubah berbanding ketika mula2 kenal dahulu.
pada hal hakikat-nya gadis itu cuma melihat lelaki itu dari sisi realiti sahaja sebab selama ini pandangan-nya hanya berpaksikan sisi fantasi yang dicipta-kan oleh gadis itu sendiri.
aku tidak salah-kan sesiapa dalam hal ini sebab ini bukan soal betul atau salah tapi soal sedar atau tidak.
kita melihat orang melalui pelbagai perspektif berdasar-kan hierarki mereka dalam hidup kita.
boleh jadi perspektif itu kita yang tentu-kan atau sebalik-nya.
tak kira-lah dari perspektif mana pun kita melihat seseorang, yang paling penting adalah untuk mengenali orang itu luar dalam baik dan buruk.
hanya dengan cara itu sahaja kita dapat melihat realiti dan tidak terpedaya dengan fantasi ciptaan kita.
dan paling elok kalau kita kenal dulu kemudian baru tentukan perspektif mana kita mahu lihat seseorang itu.
manusia memang berubah.
cuma persoalan-nya ialah siapa yang berubah? diri sendiri atau orang laen?

notakaki : aku sekadar mengarut berdasar-kan pandangan aku di satu sisi laen kehidupan. ini-lah diri aku yang sebenar-nya yang mungkin kamu tak pernah kenal sebelum ini. maaf-kan aku.