walaupun bulan puasa sabtu ahad tak kerja tapi aku tidak ada aktiviti.
makan, tidur, kemas2 bilik, atas-talian.
balik2 rutin yang sama sepanjang hari.
teringat dulu2 di waktu hujung minggu merupakan momen yang sangat aku tunggu.
dan masa2 yang berlalu setiap sabtu ahad itu sentiasa diisi dengan riang ria, gelak ketawa, dan suka duka.
ahh.. lupakan semua itu.
baru perasan beberapa hari tidak kemaskini entri.
kalau dulu aku cakap bidadari itu yang buat aku tidak ada perasaan untuk menulis tapi kali ini aku memang tidak ada sebab untuk kehilangan kata2.
liga perdana inggeris sudah bermula dengan rasmi-nya dan macam biasa setan merah jadi pilihan aku bukan jambatan stamford yang tunggu masa mahu runtuh itu.
sekian sahaja cherita aku kali ini.
sengaja tulis se-mata2 mahu kemaskini blog.
selamat berpuasa!
notakaki : ini lagu tema aku hari ini. aku maseh saket tapi apa buleh buat sebab dia dah tak kesah pun. hahahahahahahaha....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan