Rabu, 17 Ogos 2011

malam tadi berangan kawen dengan gadis itu!

dan tiba2 malam tadi aku kembali merasa-kan sesuatu yang sudah lama aku tak rasa.
mahu tidur tapi mata enggan pejam. 
sebenar-nya geram tapi apa boleh buat sebab bukan semua fungsi badan boleh dikawal oleh tuan punya badan.
sementara menanti lena tiba, aku risau pada waktu yang senggang itu fikiran aku akan melayang dan teringatkan dia.
ya aku memang selalu macam itu sebelum ini cuma sejak akhir2 ini frekuensi pengingatan aku pada dia sudah kurang dan kadang2 aku mampu menepis diri aku dari teringat.
macam mana aku buat itu?
terima kaseh pada skil aku yang mampu berangan yang bukan2.
dengan menggunakan daya imaginasi aku yang setinggi langit ini macam2 yang dapat aku angan2-kan.
dan itu sangat membantu aku 'menukar topik' pemikiran aku daripada dia kepada subjek lain.
dulu2 pun aku suka ber-angan2 terutama masa zaman bujang2 dulu.
lagi pula aku kan suka memikir-kan sesuatu tentang semua yang berlaku di sekeliling aku.
maka sekali sekala di sebalik pemikiran itu aku selit-kan angan2 supaya aku tidak tekanan memikir-kan sesuatu yang kadang2 tidak ada kaitan langsung dengan diri aku!
berangan tak salah kalau angan2 itu dijadi-kan cita2 sebab beza angan2 dengan cita2 cuma pada perlaksaan.
cita2 itu bermula dengan angan2.
kalau angan2 itu kekal dalam kotak pemikiran kita maka jadi-lah ia angan2 semata.
tapi kalau angan2 itu kita tranlasi-kan kepada usaha dan tindakan untuk mencapai-nya maka itu-lah cita2.
itu yang aku percaya dan aku pegang selama ini.
tapi takkan angan2 nak kawen dengan tizz zaqyah fathia latiff itu dijadikan cita2 pula kan?
itu nama-nya pijak tanah tak jejak, pijak air tak tenggelam, mengepak tangan tak terbang2.
untuk kesekian kali-nya aku harap hidup ini akan terus bercahaya dan dihiasi keindahan bunga2-an ciptaan tuhan yang bertebaran di atas muka bumi berkhalifah-kan manusia.
aku sudah penat melayan impian dan mimpi2 yang tak mungkin jadi realiti.
asal-kan tak terfikir-kan tentang dia maka berangan yang bukan2 pun aku sanggup!

notakaki : sekali lagi mendapat ucapan pergi m*mpos! tidak mengapa-lah sebab salah sendiri. hanya padan muka dan tahniah untuk diri sendiri. yeah! sementara itu kalau kamu lihat foto di atas pemegang berus gigi itu sudah melekat dengan jaya-nya manakala berus gigi oren itu rupa2-nya milik kamu. ok thanks bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan