Rabu, 29 Jun 2011

cherita nur kaseh dan nora elena

kawan aku cakap ramai perempuan mahu lelaki macam seth tan.

tapi dia cakap layak ke perempuan itu dapat lelaki macam seth tan?

bukan pertikai tapi betul kata kawan aku itu.

cherita nur kaseh dulu ada persoalan layak ke adam ber-isterikan nur amina.

sekarang bukan persoalan layak atau tak tapi ini tentang chenta.

kenapa seth tan bertahan dengan nora elena?

dan kenapa nur amina bertahan dengan adam?

seth tan sangat menchentai nora elena.

dan nur amina sangat menchentai adam.

skeptik dengan pernyataan itu?

mungkin sebab ada orang fikir chenta bukan bermakna kepala buleh dipijak.

dan chenta juga bukan bermakna harus menyeksa diri sendiri.

tapi harus ingat chenta itu ada upaya.

chenta itu berakar di hati.

dan hati-lah yang membentuk perasaan dan personaliti.

maka kalau chenta itu sampai ke dasar hati maka perasaan dan personaliti boleh diubah.

cuma kadang2 bukan mudah mahu menyalurkan rasa chenta itu ke hati.

perlukan masa dan usaha.

halangan-nya berat.

dugaan-nya kuat.

dan kadang2 itu yang dilihat orang2 sebagai sampai kepala dipijak.

betul chenta itu-lah yang telah mengubah nora elena dan adam.

tapi ber-kata2 memang senang. bila mahu buat tak larat.


notakaki : belum cuba belum tahu. orang yang sabar dan tabah dengan izin tuhan akan dapat ganjaran. gambar tiada kaitan dengan hati yang terbakar atau semangat yang membara cuma tunjuk tebu tengah terbakar di chuping.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan