aku teringat zaman sekolah rendah dulu selalu che'gu2 akan tanya apa cita2 anak murid-nya.
lepas itu tulis dalam buku laporan.
rasa-nya setiap kali tamat penggal persekolahan soalan cita2 ini akan ditanya.
dan aku tak pernah terlupa untuk beritahu che'gu aku yang aku ber-cita2 mahu jadi perdana menteri (haha...).
tapi zaman itu zaman tun dr mahathir yang memang legenda dan idola semua orang.
aku bangga dengan cita2 aku itu.
waktu aku terlantar saket di hospital misi2 selalu usik aku dengan gelaran perdana menteri.
naseb baek misi2 itu bertahap milf saiz xxl bukan macam seorang misi yang chantek itu maka aku layankan sahaja.
tapi bila akil baligh aku semakin melupa-kan cita2 aku itu.
malah aku sedar yang sejak dari itu aku tak punya cita2 lagi.
kalau ada pun cuma kemahuan untuk belajar sehingga ke menara gading dan kemudian bekerjaya.
itu cuma penanda aras yang sangat umum dan hari ini ramai yang mampu mencapai-nya.
kalau ada cita2 itu lebih spesifik dan ada peta-jalan tersendiri.
cita2 itu destinasi.
bila ada destinasi maka boleh pilih mahu ikut jalan mana.
macam pergi kulim.
ikut mengkuang dam buleh.
ikut lebuhraya butterworth-kulim pun boleh.
yang penting boleh sampai kulim.
manusia yang tahu destinasi mana mahu pergi dan jalan mahu mahu diikuti akan sentiasa fokus pada itu sahaja.
itu-lah manusia yang ber-cita2.
tak kira cita2 besar atau kecil yang penting diri sendiri harus tahu apa yang dimahukan.
ikut kata dan rasa hati macam orang itu cakap.
notakaki : belajar + kerja + kereta + kediaman + kawen + keluarga = buleh panggil itu cita2 tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan