Rabu, 29 Jun 2011

cakap memang senang

si duyung pernah cakap
telan kata2 sendiri itu memang pahit
betul cakap dia

masa belum kena, sesedap rasa lidah berbicara
tentang orang itu orang ini
tentang hal itu hal ini
dengan logik akal
dan rasa hati

cuba kena sekali
semua-nya tiba2 jadi huru hara
logik entah ke mana
hati tak dapat merasa
itu tak kena
ini pun tak kena
serba salah
keliru
buntu
mencari jalan keluar pun tak mampu
lagi teruk dari orang buta

si duyung juga cakap
mahu tidak mahu kena ikut apa yang pernah dikata-kan
telan sahaja kata2 sendiri
dulu buleh cakap
kenapa sekarang tak buleh ikut

hati mesti kuat
diri mesti tabah
jiwa mesti kental
baru buleh ikut kata2 sendiri

baek-lah si duyung
aku turuti kata2-mu
mungkin sudah waktu-nya
aku ikut kata2 sendiri


notakaki : si puteri pula beritahu segala2nya akan terjawab suatu hari nanti. sebenar-nya bukan cherita semalam atau hari ini yang bawa derita tapi esok yang tak pasti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan