sejak beberapa ketika ini, perkataan 'putus asa', 'mengalah', dan 'berundur' se-akan2 sesuatu yang sangat asing bagi diri ini.
selalu bila tahu diri tak mampu dapat sesuatu atau mencapai sesuatu itu adalah sebuah mimpi/impian maka secara automatik diri ini akan 'putus asa', 'mengalah', dan akhirnya 'berundur'.
tidak pernah mahu berusaha lebih atau bersusah-payah untuk mendapatkan/mencapai sesuatu.
entah mengapa kali ini diri tak mampu melaksana-kan kebiasaan itu.
pada hal sudah tahu untuk mendapatkan sesuatu itu sangat-lah mustahil malah tak termimpi pun.
malah diri ini meronta2 mahu buat apa saja sampai dapat.
sangat bersemangat dan bermotivasi tinggi.
macam bodoh tapi orang itu telah ajar aku kalau betul2 mahu sesuatu mesti dapat-kan tak kira apa jua dan mesti percaya dengan kemahuan itu tak kira betul atau salah.
yang penting ikut kata hati.
notakaki : tulisan kira2 1-2 minggu yang terbelakang. hari ini tak cakap banyak sebab tak nak menghampa-kan orang yang telah sedia menanti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan