Jumaat, 5 Ogos 2011

5 hari puasa dan 5 hari demam

5 ramadhan.
bermakna sudah 5 hari kejadian berlalu.
dan aku maseh mahu ber-cherita tentang dia tapi memandangkan ini bulan puasa maka aku tahan-kan sahaja niat tak suci itu.
lagipun bulan ramadhan ini kita tahan lapar dan dahaga.
juga tahan hawa nafsu.
jadi aku perlu tahan niat ber-cherita itu sampai aidilfitri nanti.
dan aku sebenar-nya harap lepas ini aku takkan ber-cherita pun sampai bila2.
jadi aku tak perlu rasa jiwa kacau dan meroyan sendirian.
dan supaya dia juga dapat terus-kan hidup dia dengan aman.
aku dah penat dengan semua ini.
aku mahu ia berakhir segera.
aku tak nak hidup tapi saket tenat.
aku tak mahu lagi ber-kata2 tunjuk perasaan di sini.
kalau boleh aku cuma mahu tulis cherita2 tentang hidup ini dari sudut kelap kelip iris mata aku.
kamu pula pernah jadi sebahagian dari hidup ini tapi aku sedar itu dulu dan sebahagian sahaja maka ada lagi sebahagian lagi yang belum aku cherita.
untuk yang kesekian kali-nya, aku minta maaf kalau aku pernah jadi sebahagian dari hidup kamu.
aku tahu aku telah menghampakan kamu.
dan aku harap kamu telah temui kebahagiaan yang kamu cari2 selama ini.
aku pula akan terus menanti di sini untuk sesuatu yang aku sendiri tak pasti.
terima kaseh kamu 'cahaya puteri'.

notakaki : kan bagus kalau kamu berbahagia macam sekarang dari dulu. tak perlu aku jadi 'air' kamu dan 'dididih-kan'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan