Khamis, 4 Ogos 2011

cherita tunjuk perasaan

ini blog tunjuk perasaan tapi bukan demo jalanan macam yang kawan2 kaler digi buat dulu.
tunjuk perasaan itu bermakna mengekspresi-kan segala macam emosi dan perasaan.
dan bagi aku blog ini cuma satu medium yang aku ada untuk ber-ekspresi tentang segala yang aku rasa dan segala bentuk emosi yang ada dalam hati ini.
aku tidak ada niat untuk menyuruh sesiapa pun membaca blog ini sebab ini bukan blog informasi.
dan aku juga tidak mahu sesiapapun untuk memahami definisi dan isi tentang ekspresi dan emosi dalam blog ini sebab mereka tidak ada sebab untuk peduli.
juga bukan niat aku untuk mengganggugugat mahupun menjentik hati sesiapapun manusia yang mungkin ada kaitan dengan entri2 yang aku tulis.
maka dengan segala hormat-nya aku ingin maklum-kan yang aku akan terus ber-kata2 di sini dengan mengandai-kan tidak ada orang yang akan baca blog ini.
sempena ramadhan ini aku tidak akan keluar-kan kata2 yang menyuruh semua orang membuat kebaikkan sebab aku tahu semua orang tahu apa yang perlu dilakukan dan aku bukan orang yang baik untuk ber-kata2 macam itu.
aku yakin setiap orang sudah tahu apa itu baik dan buruk, betul dan salah, lurus dan bengkok, chantek dan huduh.
cuma kadang2 kita akan buat apa yang kita mahu sahaja, tak kira betul atau salah.
bahkan kadang2 juga kita buleh buat salah asal-kan ada justifikasi (bukan justin bibir atau justin timberlake).
manakala aku pula selalu cakap benda yang aku rasa betul walaupun orang laen rasa salah.
berbalik kepada cherita tunjuk perasaan, aku cuma ada ini untuk berbuat begitu.
kalau orang tanya kenapa aku macam ini, maka jawapan aku cuma aku tidak macam kamu dan apapun interpretasi kamu tetap-lah aku terima sebab aku juga punya definisi sendiri tentang situasi ini.
sila biar-kan aku sama macam kamu biar-kan aku dan jangan fahami aku sama macam kamu tak fahami aku.
dan kamu sila jangan terasa sebab kamu dalam tulisan ini bukan untuk kamu seorang.
cherita sudah habis bukan?


notakaki : at the end of the day it is me who still tied to the old story. sorry to say but i guess i have the rights to write and say almost everything about what i feel and what i want to do. i realised for some people it's wrong for me to do like this but i guess i'm too stupid to care about it. ignorance? yes i am. haha...(evil laughs)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan